Blogger Backgrounds

Khamis, 26 Mac 2009

Twin Blade


Dulu mustahil aku rs untuk memiliki benda ini, bagiku ia amat mahal, mungkin masa itu aku tidak kaya atau aku tidak mempunyai duit sendiri..sekarang aku berjaya memilikinya..

aku sendiri kurang percaya akan realiti ini..bagi kami peminat benda2 sedemikian nilai nyer amat tinggi..mungkin sesiapa yang tidak tahu mengenai nya akan mengatakan kami ini golongan gila, taksub atau membazirkan duit sahaja untuk mendapatkan benda yang tidak berfaedah..

aku selalu senyum dengan golongan2 ini, ada kala aku menasihati rakan2 ku yang lain supaya jangan memarahi mereka, anggap itu sebagai nasihat yang benar..kita harus bersyukur masih ada orang yang sudi menasihati kita, walau hakikatnya kita kurang bersetuju..

aku selalu bertegas dengan prinsip yang ada dalam diriku "kita jangan mudah membenci hobi orang, mengatakan ianya tidak berfaedah atau sebagainya telahan negatif"

aku memikirkan seandainya orang itu berada di tempat kami atau pun kami membenci hobi mereka...apa kata mereka? pasti nye tidak semua manusia dapat menerima kutukan celaan itu....mmg secara dasar kita tidak suka hobi atau minat yang kita tidak suka untuk turuti..tapi aku menghormati hobi mereka..jika tak suka aku biarkan sahaja...

back to my twin blade? berapa harga nyer? biarlah aku merahsiakan nyer

jikalau tau pasti anda mengatakanapa yang org lain akan kata...aku bahagia dengan semua ini..
esok aku bercuti..aku pun xpasti kenapa aku bercuti..biarlah cuti ku banyak,,aku nak merehatkan minda..

0 Komen: