Blogger Backgrounds

Isnin, 25 Mei 2009

Jumpa Lagi UTeM

hari ni aku kan ke induksi, 2 minggu lagi kita akan ke temu
jaga diri semua..buat dirinya, berjumpa kita di status dunia yang berbeza.
aku ada di di sini, di sini yang pasti

Jumaat, 22 Mei 2009

Imbauan semalam

Di mana aharus aku mulakan? otakku seakan telah diperah beberapa hari kebelakangan ini. Minda letih membawa kepada kepenatan yang amat sangat pada malamku. hari ini banyak aku gunakan masa untuk kerja-kerja akhir sebelum ke kursus induksi selama 2 minggu. Aku juga dapat menjangka kepenatan yang bakal aku alami semasa kursus tersebut. Dalam kesibukan sendiri di akhir akhir, mejaku tiba-tiba dikunjungi 1 kad yang aku rasa tiada perasaan untuk digambarkan. Memandang dari kejauhan aku seakan sudah tahu apakah? siapakah? dan bilakah?. Jawapan yang telah lama aku perolehi. Aku tidak membuka kad itu. Hadiku duka kepiluan menyentap memori lalu. paparan 2 nama tertera kepada siapa ia dituju memecah mata hatiku. Mungkin terdetik sedikit perasaan mengapa tiada kad istimewa yang hanya ditujukan untuk aku? itu bicara mula hatiku. Oh ya mungkin aku ini hanyalah insan biasa yang hanya layak menerima apa sahaja yang diberi. "janganlah banyak bunyi, orang dah jemput pun kira ok, kau fikir kau siapa? setakat seorang kuli kerajaan yang tiada dato nya tiada tuan nya jangalah dok asyik nak istimewa" Bicara itu untuk aku. Secara jujur aku punyai 2 perasaan terhadap kad itu, pertama harap dijemput kedua harap dilupai. walaupun 2 perkara ini adalah berlainan, aku tetap berharap untuk menerimanya. Seperti yang aku luahkan di hari-hari sebelumnya, aku memang terkilan tidak dapat melihat dari kejauhan, mungkin hanya sms untuknya. Aku sedar diri ini aku dilarang untuk menghubunginya lagi. Tetapi hatiku meluap-luap untuk menghantar sesuatu walaupun sepotong perkataan.....................
Berkahwin juga merka akhirnya, mengimbau sedikit kenangan lalu aku mungkin seakan tidak percaya begitu pantas hubungan meraka, aku raakan hanya melibatakan 13 atau 14 bulan sahaja. Aku juga pernah menyatakan kepadanya bahawa jika ia mendapat teman baru selepas yang lama nescaya 2009 adalah tahun perkahwinannya. Aku mungkin tersilap sedikit menyatakan 09.09.2009 adalah tarikh itu. Ramalan kosong menjadi realiti.
Aku telah siap membungkus janji akhirku kepadanya, gambar-gambar lama yang pernah di mintanya satu masa dahulu. Ambillah kenangan itu.
Aku akan ke induksi semoga berjumapa 10.06.2009 nanti. Di saat itu, dia tidak lagi sama seperti R-sweet ku dahulu. Dia telah pergi bersama anyaman ombak kebahagian. Tapi jika dia berada dalam kesusahan aku sedia mendengar, moga aku terus hidup selagi di izinkan tuhan. Rompin dan Pekan aku pasti datang untuk mengimbau kenangan bersamamu.

Rabu, 20 Mei 2009

4.14 petang

wau habis keje yang mengusutkan aku selama 2, 3 hari ni. 4.14 petang bos aku akhirnya menurunkan tandatangan sebagai pengesahan kesempurnaan kerja. Letih masih di rasai, esok hari last bekerja kerana jumaat aku bercuti sebelum ke kursus induksi pada 25 Mei 2009 di Port Dickson.

Selasa, 19 Mei 2009

Letihnya........

Letihnya aku 2 hari ini, sehingga aku tidak sempat melihat plannerku lagi. Sasaran kerja tahunan (SKT) dan senarai tugas yang perlu diselesaikan. Memandangkan aku mempunyai 15 orang staf, agak lama bagi mendapatkan kesempurnaan di tambah pula dengan kerenah bos yang entah apa-apa. Aku gagahi untuk menyiapkannya. Serius hari ini memang meletihkan, aku sempat merehatkan diri jam 1 -2 ptg ketika rehat dibilik salah seorang pegawai perempuan, di sebabkan bilik dia mempunyai cirri-ciri perlindungan yang tinggi jadi selamat di situ. Jam 2 perbincangan dasar dan polisi bersama Timbalan Ketua Pustakawan bersama unitku. Selepas kira-kira 2 jam pembentangan aku menyambung semula kerjaku, letih sangat letih sehingga jam 6.30 baru aku balik dari pejabat. Alamak aku belum berbuat apa-apa untuk kenangan si dia, moga esok ada kesempatan.. Miss her…………..

Isnin, 18 Mei 2009

Kombinasi Hidup

15 Mei 2009

Hari Jumaat

Jumaat yang sibuk, apa yang aku coretkan di planner tidak mengikut jadual. Seawal pagi aku telah mula membuat kerja yang lain dari sepatutnya. Membuat aku tertekan. Situasi ini sering berlaku pada hari Jumaat. Kerja yang lebih penting tiba-tiba muncul dan perlu di segerakan. Jika di fikirkan jumaat memang suntuk untuk membuat sesuatu yang panjang, di kira dengan jari berpa jam sangat kita bleh membuat kerja dengan khusyuk. Mujur sekali lagi sepeerti aksi wonderpet, pembantuku ada yang boleh diharap. Sebahagian kerja yang tercatit di planner ku di selesaikan oleh mereka
Seawal pagi aku seakan berang dengan segelintir staf lelaki muda di unit aku, datang kerja hamper-hampir dengan waktu kerja, mujur aku mampu berfikiran professional. Kes sedemikian jika tidak di buat teguran akan merebak ke staf yang mempunyai rekod yang baik. Mula-mula lewat sikit selepas itu melewat banyak. Bagiku staf-staf muda ini perlu ditunjuk ajar dan sentiasa di tegur supaya mereka sedar merak di ambil perhatian. Aku kagum staf aku masih lagi mendengar kata bosnya, uh jika dibandingankan dengan organisasi lamaku, memang ibarat planet Pluto dan planet matahari jawabnya. Kekadang aku sedih memikirkan organisasi lamaku, sampai bila? Bagiku tiada kesudahan. Yang tua mengajar muda, yang muda jadi tua dan mengajar yang muda baru…tiada kesudahan.
Aku mencari masa akhirnya aku berkesempatan memanggil mereka walaupun dalam kesuntukkan masa. Uhhh bilikku sedang di baikpulih ruang lantainya menyebabkan aku berpindah ke luar duduk bersama staf-staf ku yang lain. Secara jujur aku kurang selesa dengan keadaan ini. Tapi tugas tetap tugas yang perlu disiapkan. Tapi serius aku tiada idea menaip diluar…adeh…..

16 Mei 2009

Hari Guru

Guru? Cikgu?..Selamat hari Guru untuk semua yang aku kenali di dalam dunia perguruan. Aku pernah terjerumus dalam kerjaya ini sekitar tahun 2004 -2006. Mengimbau kenangan lalu, rasa sungguh bahagia dengan gred DG41 dah dikira besar pendapatan semasa itu dengan aku duduk di rumah family. Pengalaman lalu itu aku anggap sebagai memaniskan. Secara jujur aku suka mengajar di sekolah menengah. Pelajar yang hamper dewasa, senang mengerti berbanding sekolah rendah. Ada rakan ku pernah berkata mengajar di sekolah rendah lebih beruntung kerana tekanan tidak tinggi di samping murid yang menurut arahan tanpa pemberontakan dan paling penting gaji tetap sama. Aku hormati pendapat mereka, aku senang di sekolah menengah. Aku suka kerjaya guru sebab mudah kita akan sambut semua hari yang ada dalam setahun dan juga acara-acara penting. Aku mengajar subjek Bahasa Inggeris. Berbagai ragam pelajar aku temui semasa mengajar maklumlah pelajar yang berada di zaman peralihan kanak-kanak ke dewasa. Pelajar perempuan yang miang, nakal dan sebagainya, begitu juga pelajar lelaki. Tapi secara jelas pelajar perempuan lebih perlukan perhatian dari guru lelaki. Pengalaman yang aku tidak dapat lupakan semasa awal menceburi bidang ini adalah terlibat dengan program TEGAR bersama tentera. Program ini telah memilih pelajar-pelajar wanted untuk mengikutinya. Ada satu slot yang memerlukan mereka ke tanah perkuburan jam 12 malam. Kami guru dan tentera ditugaskan disana.Terdetik juga keseraman aku berada di tanah perkuburan jam 12 malam??? Tapi mujurlah tiada perkara mistik berlaku dan pihak tentera sentiasa berada di sisi.. Aku takkan lupakan pengalaman itu. Pengalam 3 tahun ini cukup bermakna bagiku sebelum aku mendapat pekerjaan di organisasi ke2 ku. Dari saat meninggalkan kerjaya itu aku amat rindu menjadi seorang CIKGU. Sehingga kini setiap kali sambutan hari guru aku terimbau kenangan lalu begitu juga dengan nyayian lagu guru Malaysia…Selamat berjuang untuk rakan lamaku yang masih meneruskan kerjaya itu Asyraf, Dian, Yusman, Irwan, Norizan, Hisham, Khadijah, Khuzairi, Ehsan, Shahrul..Sayang rezeki ku tidak bersama kalian…

17 Mei 2009

Renungan Di Hari Cuti

Hari cuti yang aku rasakan bukan seperti hari cuti. Banyak kerja pejabat yang aku bawa pulang. Ada 1 masalah besar bagiku, aku tidak mempunyai Laptop. Aku ada desktop tapi ianya di kampong. PC besar semacam itu tidak relevan bagiku yang sentiasa bergerak ke sana ke mari. Aku berharap bulan Jun ini aku dapat memiliki sebuah laptop. Tetiba teringat laptop?? Gambar-gambar? Yea gambar-gambar kenangan ku bersamanya pernah di buka di laptop kepunyaan kakaknya di Bandar di raja. Menyorot kenangan itu kembali membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku masih belum melunaskan hutang itu untuk dia miliki, insyallah minggu depan akan aku kirimkan segalanya. Sebelum hari penting yang menamatkan segala impianku dulu. Secara reality aku memang terkilan tidak dapat menghadiri dan melihat secara rasmi penamat impianku itu nanti. Aku ingin sangat sebelum ini untuk melihat walaupun sekadar memandang dari kejauhan. Hajat aku tidak tercapai. Aku berharap dia akan memusnahkan segala yang aku berikan ini. Walaupun berat aku menghadapinya. Aku juga terlalu ingin menghantar sekadar sms melepasi perasaan rindu, tapi apakan daya juga dia telah melarang ku dulu. Apalah ada pada sejarah, untuk di kenang atau sekadar suratan tuhan…………..

Rabu, 13 Mei 2009

Hari yang sibuk lagi?

yelah hari ni aku sibuk lagi, banyak panggilan yang aku sengaja tak jawab di handset ku..Biarkan mereka aku tiada mood untuk berkata-kata. Cuaca yang panas kini memungkinkan keadaan badan aku semacam reput dah..uhhh bilakah ini akan berakhir. Aku juga bz membuat sesuatu untuknya di hari-hari terakhir dia bergelar si dara.aku harap aku sempat. sebenarnya lama sudah aku membuat nya sedikit nukilan bukan untuk di rahmati tetapi sekadar memberi apa yang pernah di minta nya dahulu. aku berussaha walaupun aku memang benar-benar sibuk kini. Aku berharap ini merupakan tatapan terakhir untuknya sebelum semua memori itu pergi....

Selasa, 12 Mei 2009

Sibuk tiba-tiba

perjalanan pagi yang lancar, dah hampir 3 hari aku nak berjumpa bos tetapi dia sibuk yang amat sangat, aku mengambil kesepatan membuat kerjaku yang mana perlu. Biasanya aku tidak mahu diganggu apabila asyik membuat kerja. Kerap kali apabila aku asyik membuat kerja gangguan2 dari bos muncul. Tetapi kali ini berlainan, aku nak berjumpa dia, dia pulak sibuk ada tugas yang perlu restunya. Petang jam 4 tiba2 kesibukan maklumat segera menerpa, jadi gila aku sejam menyiapkan apa yang perlu, berjaya..uhh aku tiada mood ingin mengarang..........

Isnin, 11 Mei 2009

Hari Untuk Emak

Semalam hari ibu, Selamat Hari Ibu di ucapkan semua insan wanita yang bergelar ibu. Lain aku rasakan sambutan hari ibu kali ni. Media banyak pula memainkan promo mengenai sambutan hari ibu ini. Pusat membeli belah pun aku nampak memainkan peranan ke arah sambutan itu, teringat aku pada ibu ku, minggu depan aku pulang pastinya aku menemui dia. Mungkin kerap aku balik maka tiadalah keriduaan itu dirasai, dulu semasa mula2 berkhidmat di Melaka ada seperti gangguan untuk aku pulang ke kampung ada satu masa hampir 2 bulan aku tidak pulang aku kerap menggelak apabila ditanya menyebabkan aku terpaksa menipu dengan alasan biasa mereka yang tinggal di Bandar. Sebenarnya aku malu dengan bapaku, biarlah ia aku rahsiakan. Tapi lama-kelamaan aku telah mampu melawan sifat itu. Untuk itu siap juga kereta aku di kampung itu di convert hehheheehe impian untuk kepuasan lah katakan.
Hari semalam juga ada tournament bowling saje2 yang aku anjurkan lawan inter unit. Aku gelarkan program aku ni sebagai program haram actually geng ni dinamakan geng haram. Dah 4 program kami lalui. First event ke Cherating Pahang, BBQ siang hari di PD, perkahwinan Hafeez dan hari ini bowling inter unit. Walaupun aku dilantik sebagai sebagai Pengerusi Biro Kebajikan dan Sukan Perpustakaan, aku lebih gemarkan event secara suka-suka tanpa melibatkan kelab. Padaku bila berkelab susah pergerakan, soal kewangan akan kerap di persoalkan di samping penasihat yang kerap menganggu keadaan.. Mereka degil lantik juga aku jadi Pengerusi jadi bukan salah aku lah kalau kelab tidak bergerak. Insyallah dalm bulan 6 ni mungkin geng haram akan ke Jerantut untuk canopy walk.
Semalam juga aku join autoshow di Stadium Hang Jebat, kecian tgk member aku rim baru jual terpaksa lah datang pakai rim besi, tidak mengapa walaupun tidak menyertai cukup dengan sokongan untuk event itu.
Sebelum malam ku tutup aku menerima sms darinya “Menyintai indah, lagi indah bila dicintai, namun lagi bermakna hidup ini jika saling menyintai” untuk siapa? Untuk orang bercinta? Aku bukan menyintai? Tetapi aku tidak menolak kemungkinan aku dicintai, sms itu membuat aku termanggu mengenangkan nya. Cukuplah mengenang percintaan orang lain. Lama yea tidak mendapat sms darinya. Aku bangga! terima kasih untuknya.

Jumaat, 8 Mei 2009

Minit Mesyuarat

Berhari-hari aku menghabiskan kerja ku untuk membuat minit mesyuarat, mesyuarat jabatan yang lepas giliran aku menjadi pencatat minit. Untuk pengetahuan Bos aku ni jenis yang bila bercakap pelbagai aspek di rangkumi, pada mulaya tak susah untukku menyalin apa sahaja yang keluar dari mulut-mulut ahli mesyuarat. Masalah mula timbul apabila aku membuat minit yang memerlukan hanya fakta penting di masukkan, kalu tidak dipilih habislah umpama telenovela jadinya. Aku berusaha menyiapakannya. Syukurlah ada pegawai yang sudi membantu aku membuatnya bukan ku harap untuk menaip tapi cukuplah sekadar pandangan dan idea darinya, aku berusaha membuat kerjaku sendiri dengan sedikit petunjuk dari yang lain. Walaupun sesekali aku merungut kebosanan tapi aku jadikan ia sebagai pengalaman yang berguna untuk aku hargai. Aku sangat suka kerana aku berjaya memiliki ilmu ini.

Oh ya tadi panggilan telefon dari JPJ Melaka, permohonan bumbung matahariku telah berjaya, perlu ambil surat darinya untuk di bawa ke pemeriksaan Puspakom pula. Jadi aku perlu rancang percutian aku untuk itu.

Berita sedih buat ku pagi tadi mendapat email mengatakan tarikh induksi ku akan di tunda kepada 26 mei – 6 Jun sebelum ini 17 mei – 29 Jun. yea kenapa aku sedih? 6 Jun merupakan satu tarikh yang harap sangat aku dapat berada di Pahang. Aku ingin melihatnya dari kejauhan semasa majlis itu, nampaknya Tuhan tidak membenarkan hajat aku itu. Walaupun aku tidak diundang, aku faham aku memang sedar akan diri ini. Harapan aku untuk melihat itu semua tidak tercapai. Ketika menerima sms dari sorang teman mengatakan dia akan diijabkabulkan pada 6 Jun 2009 aku tidak terkejut naluriku memang seakan mengerti dan dapat mengagaknya dari awal. Aku pasrah dengan ketentuan, tangisan aku tiada penghujungnya. Aku pasti akan ke sana apabila berkesempatan, melihat kenangan dan melihatnya dari kejauhan. Biarlah mereka2 mengatakan aku sombong atau apa sahaja yang pasti jawapan itu ada padaku. Mereka tak rasa apa yang aku rasa, mereka tak menderita seperti aku deritai. Biarlah aku begini, aku bahagia dengan caraku. Untuk dia tiada kata mampu aku luahkan.

Khamis, 7 Mei 2009

Bila?

Persoalan bila..emm pelik bila tidak merungkai semuanya, malahan perkataan 'bila' gagal menerangkan sesuatu. Sebaliknya perkataan ini dapat memberi makna bila ada sokongan perkataan lain..
3 hari yang aku rasakan amat sibuk, bermula 30 april, aku bz di JPJ untuk urusan permohonan bumbung matahariku. Baru permohonan aku dah kalut gila, belum lagi di Puspakom dan ke JPJ semula. Aku bercadang ingin bercuti pada hari yang akan tiba itu nanti. Aku mungkin mengambil peluang untuk ke Bank Muamalat, RHB dan CIMB bagi melihat dan berbincang mengenai offer letter yang mereka telah keluarkan untuk pinjaman perumahan baruku.

Yea aku ke arah memiliki rumah sendiri dalam usia 29tahun, aku berbangga dengan pencapaian ini. Eh jgn lah berangan dulu ia nya baru offer letter.Tapi aku mampu untuk senang hati berdasarkan rekod komitmen aku yang bersih rata-rata bank sangat suka dengan kebersihan rekod aku.Aku memang sangat menjaga kewanganku dan menjaga rekod itu dengan baik. Organisasi lama aku banyak mengajar erti “nampak kaya tapi merana” aku tak mahu kehidupan itu aku mahu kehidupan yang aku selesa biarlah aku tak kaya tapi tak juga aku mahukan kemiskinan. Siapa sangka dari awal pemaju seakan tidak mahu meletakkan permohonan aku di sebuah bank yang dikatakanya begitu payah memberi pinjaman kepada pemohon. Aku berjaya membuktikan kepada mereka bahawa bank tersebut akhirnya antara bank awal yang memberi offer letter kepadaku. Itulah sedikit pengalaman yang aku berjaya miliki untuk semua ini.

1 Mei hari cuti yang jatuh pada hari Jumaat, selalunya Jumaat dikaitkan dengan segala halangan melanda untuk perjalanan jauh, maklumlah ada sembahyang Jumaat. Tapi tidak ku sangka dengan komitment yang kuat antara rakan pejabatku. Kita berjaya mengadakan “Fun Drive To Port Dickson” di selami dengan sesi membakar haiwan di siang hari. Memenatkan tapi tampak hilang dek keriangan yang melanda setiap orang. Sesak juga PD masa cuti-cuti begini.sekali sekala hendak juga rasa kesesakan. Itu lumrah kita kan orang Malaysia. Yang uniknya kami sempat mengadakan sesi bermesyuarat di lautan, unik memang unik. Aku lihat ramai anak-anak muda yang asyik dengan aktiviti berkumpulan di jalanan ‘konvoi’ fenomena ini mengingatkan aku ketika zaman mudaku. Aktiviti berkonvoi memang ditunggu, ia sinonim dengan hari cuti. Pergi bersama pulang bersama dalam satu kawanan jentera yang mampu menarik perhatian orang, lumrah jiwa muda sentiasa ingin di perhatikan. Tapi itu semua seakan pudar apabila usia meningkat. Kebosanan mula melanda lama kelamaan di tinggalkan begitu sahaja. Aku gembira kerana masa muda ku aku dapat merasai pengalaman itu.

2 Mei pula aktiviti berkonvoi kecil-kecilan bersama rakan sepejabatku ke majlis perkahwinan Penolong Pegawai ku di Labis, dia baru berusia 28 tahun aku rasakan. Tahniah kepada saudara Hafeez. Aku? Bila pula? Bila yang aku tak tahu jawapanya, kalu sekarang aku masih bersamanya mungkin bila itu ada jawapannya, biarlah hanya tuhan sahaja yang tahu bila itu datang dan bila itu akan memberi jawapan dengan sokongan perkataan lain.