Blogger Backgrounds

Rabu, 23 September 2009

Hari Raya ke 4



Hari ini barulah aku ada kesempatan untuk berehat di rumah, 3 hari yang cukup memenatkan. Bagaimana dengan semua rakan-rakanku diluar sana? harap semua bergembira dengan segala kemeriahan raya. Mak ku berkata bahawa aku badanku sedikit susut akibat berpuasa, entah yea atau tidak aku sendiri tidak pasti sebab tiada bukti dari alat timbangan erat badan. Aku rasa berat ku yang biasa sekitar 60kg sahaja, kalau lari pun tak sampai beberapa kilo. bagaimana dengan Hari raya ke 4 ini adakah segalanya itu telah berlalu, banyak juga di makan, segalanya di sumbat dengan mudah, abislah berat kembali normal. berpuasa selama sebulan bagi kan habis dalam masa 4 hari sahaja. Begitulah kita orang Malaysia tidak pernah mengenal erti lapar dan kurus. Berbicara mengenai kurus adakah rakyat malaysia begitu fanatik menurunkan berat badan? adakah mereka tahu dengan dua persoalan ini?

Badan berat atau susuk tubuh yang tak menarik?

Anda bagaimana? bagiku biarlah badan berat janji susuk tubuh itu still menawan, kalu susuk tubuh tak cantik walaupun berat badan kurang apalah erti semua itu, anda tetap tidak menarik.

Dua tiga hari ni otak ku ligat berfikir mengenai Honda EK, kenapa yea? adus gara-gara berjumpa dengan seorang saudaraku semasa proses ziarah menziarah lah ni. Dia beli EK 1996 tu dengan harga 26k sahaja, aku rasakan begitu murah berbanding dengan harga pasaran dalam 35k. Adehhh tolong jauhi aku dari semua ini. Honda oh Honda.

0 Komen: