Blogger Backgrounds

Rabu, 2 Disember 2009

Menjadi kaunselor yang baik

Esok aku bercadang menyelesaikan konflik di antara 2 staf baru.Dah jadi bos kenalah menyelesaikan perkara ini. Aku takut persengketaan ini akan menjejaskan kerja dan prestasi tugasan. Aku dah nampak sedikit sebanyak akhir-akhir ini. Jadi kekhuatiran semakin sukar aku mengambil keputusan untuk mendapat penjelasan sorang demi sorang.

Paling aku takut keadaan terpendam bakal menjadi seperti ledakan gunung berapi apabila di keluarkan, bahaya siot. Aku bukanlah seorang penasihat yang baik dalam member kaunseling, aku memberanikan diri mengambil langkah ini demi kepentingan bersama atas dasar kawan sama kawan bukan bos dengan stafnya.

Mungkin cara ini sikap keterbukaan akan memberi peluang mengetahui masalah sebenar. Masalah budak-budak muda hati mudah panas jadi berlaku pertembungan ini. Aku juga tidak ingin ia menjadi dan di angkat sebagai masalah displin bagi jabatan.

Masing-masing tempoh perkhidmatan ada dalam 20 tahun ke atas. Sanggup ke nak tengok muka masing-masing dengan bermusuhan selama tempoh masa berkenaan. Kalau aku, aku tak sanggup. Jabatan bukan besar sangat, lari-lari pusing-pusing jumpa jugak. Hope aku berjaya esok..

0 Komen: