Blogger Backgrounds

Jumaat, 10 April 2009

YM mu......7 April 2009

aku teronline hari ini, seperti biasa berita dari rakan2 ku di kumpul..tiba2 chat sapaan dari orang yang pernah hadir dlm hidupku tidak lama dahulu..aku mengeletar secara tiba-tiba segala memori lama muncul meresap jiwa. Aku xsombong, aku takut, aku sedih wpun aku sgt ingin membalasnya. Aku tahankan hati, biarlah kesedihan itu untuk hatiku..Terlintas bayangan sms akhir yang begitu menghancurkan hatiku. 1 feb 2009 21:55 pm "Please just forget me. Never sms me" ketika itu hanya aku yang dpt membayangi diriku, aku terkedu..
samalah sapaan YM hari ini aku terkedu lagi..Jiwa aku mmg tidak tenteram, siapalah tahu bila mendengar lagu2 saat manis bersama dlu..tiada perkataan yang mampu mengungkap perasaan ini..aku harap hobi ku akan membantu...

Rezeki untuk keluarga........6 April2009


Ketika sedang melayan perasaan dibangku KFC Mahkota Parade, hujan menyejukan suasana..aku terpandang satu keluarga lengkap, ayah, emak dan 3 orang anak..mulanya hanya biasa tapi lama kelamaan otak aku menjana sesuatu..kunyahan si anak amat meligatkan otakku..ohh itulah rezeki yang diberi oleh bapa untuk si anak dan keluarganya, dr mana sumber itu? tentunya pekerjaan yang halal..secara tidak sedar apa yang kita buat untuk mencari duit adalah untuk kehidupan keluarga..adakah apa yang kita kerjakan itu betul2 memberi keberkatan..zaman kini nama sahaja kerja halal tp bagaimana pengisian kerja itu? adakah 100% halal? ia berbalik kepada kunyahan si anak tadi..adakah ianya halal..kesan senang semua orang tahu..lama juga aku memikirkan itu semua, aku belum bekerluarga tp aku mempunyai ibu bapa yang juga tanggungjawabku..aku selalu tidak berkompromi dengan halal dan haram dari segi pemakanan..aku takut ia akan menjadi darah daging dan terus meresap ke generasiku..aku sedar aku bukanlah orang yang baik akhlaknya, tp pemakanan lain bagiku..aku hanya mampu berharap kerjaku diberkati dan mampu menjadikan halal itu untuk ibubapa ku.semua nya hanya harapan

Fast n Furious 4- 5 april 2009


Dunia jentera 4 roda ini amat sinonim dengan kehidupan ku. Aku kurang pasti di mana sebenarnya era aku bersamanya bermula. Aku tau aku bermula dari bawah, mengenali jentera ini dari lukisan, aku gemar melukisnya dlu, berubah ke arah pembacaan dan seterusnya dunia realiti rakan2. Aku berjaya memiliki jentera sendiri seawal umur 19tahun, terlalu muda untuk jentera itu, hingga kini menjangkau ke usia 30an belum ada tanda-tanda ia akan berakhir. Aku yakin ia ada noktahnya cuma aku sendiri tidak pasti kesampaian masa tersebut. Meminatinya membuat aku tenang, ia melibatkan hati dan perasaan. Aku sukar percaya untuk itu kepada manusia.

Projek terbaru telah berlalu banyak juga nilai wang manusia kejar telah aku habiskan untuk jentera yang agak besar ini, tenaga dan idea serta kesungguhan telah aku korbankan terhadapnya..Puashati? ia terlalu subjektif untuk di jawap..

Projek seterusnya adalah kereta kesayanganku yang banyak memberi kenangan suka duka aku bersama nya selama 8tahun berkhidmat denganku..ia seperti teman karibku. aku percaya kalau dia seperti manusia sudah banyak cerita aku bersama nya di ceritakan.

back to topik? filem ini? 3.5 bintang untuk nya. ia pasti ada aksi ke5..