Blogger Backgrounds

Jumaat, 9 Oktober 2009

Open House

2 staf perpustakaan membuat open house hari ini, aku tidak melepaskan peluang pergi mengunjungi rumah mereka. Disebabkan aku ni memang susah cam jalan terpaksalah menunggu rakan-rakan lain untuk pergi bersama. Lagi satu hal, menunggu orang adalah sesuatu yang menyeksakan, orang kata penantian itu satu penyeksaan. Ternyata ia nya benar, letih sungguh menunggu, dah terpaksa kenalah tunggu jugak. Mengunjungi open house yang pasti kita dapat adalah kekenyangan, dah kenyang pun makan lagi di sebabkan mata berkata ‘nampak sedap’ mulut mengunyah, menelan perut membesar. Apalah erti susut badan ketika puasa kini semuanya lari berlari2 dari kesusutan. Ahh lupakan itu semua yang penting semua harus di rasa. Nasiblah hanya 2 buah rumah bagaimana kalu 5 atau 6? Rosak organ dalaman aku hehehehe.
Dapat berbual merupakan keseronokan bagiku di tambah pula dapat membuat lawak, bahagia sungguh rasanya. Hari dah malam aku terlalu letih, nak angkat jari pun tak larat.Selamat malam Malaysia.