Blogger Backgrounds

Selasa, 23 Februari 2010

Pertandingan Kumpulanz Inovatif Kreatifz Wakil Universiti




































17 hingga 20 Februari 2010 aku sekali lagi ke Kelantan bagi menyertai pertandingan KIK mewakili Universiti. Hebat sungguh ini merupakan kali pertama Universiti tempat ku bekerja menyertai pertandingan ini. Kiranya merupakan perintis lah team ni. Team seramai 8 orang dari perpustakaan mewakili university yang berteraskan teknikal, pelik bukan sepatutnya masuk kategori teknikal ni tak masuk kat bahagian pengurusan.

Apa boleh buat di antara banyak-banyak fakulti dan pusat tanggungjawab hanya perpustakaan sahaja pernah membuat KIK ni di peringkat jabatan iaitu perlawanan dalaman antara unit. Tajuk ni merupakan tajuk team aku dulu, tapi team aku sekadar dapat no2 je masa tu. Tak tahulah bos dok pilih gak tajuk aku, so automatiknya aku lah sebahagian dari team berkenaan. Nasib baik hanya sebagai penolong ketua kumpulan.

Walaupun begitu aku merupakan salah seorang presenter bagi kumpulan. Bedal je aku ni memang tak tahu malu skit so nak bercakap depan orang takde masalah. Bercerita bab perjalana memang meletihkan bersama bas eksekutif university ni kira kategori mewah lah 20 seat je. Tapi 12 jam perjalana memang azab mcm2 rasa tak sama macam perjalanan aku bersama kereta sehari dua sebelum itu.

Walaupun tak menang bagiku sebagai perintis banyak pengalaman yang team kami dapat dari pertandingan ini hasil pemerhatian dengan kumpulan university lain yang lagi senior. Kata orang sambil menyelam minum air, so acara shupping di kota baharu, wakaf che yeh dan rantau panjang tidak dapat dilepaskan.

0 Komen: