Blogger Backgrounds

Jumaat, 11 Jun 2010

Piala Dunia Oh Piala Dunia


Acara tertinggi perlawanan bolasepak telah bermula lagi selepas 4 tahun (2006) lalu di mana Itali menjadi juara.
Aku mengenali Piala Dunia mungkin baru itu pada tahun 1990 di Itali ketika mula berpindah ke Felda, tau nyer mudah dulu ada coklat yang dibeli kalu beli 6 free 1 batch Negara yang bertanding so gila sangat lah nak batch tu, bertimbun beli coklat. Masa ni Jerman Barat menang dan masa ni gak Jerman masih lagi terpisah dua iaitu timur dan barat.
Bermula dari situ terus di ikuti 1994 di Amerika Syarikat, yang ni plak dapat poster besar perlawanan lengkap beserta gambar pemain dah mula tau-tau lagi. Paling aku tak dapat lupa pemain dari Colombia, Andres Escobar telah mati ditembak di negaranya setelah menjaringkan gol sendiri ketika tewas kepada Amerika pada saingan awal. Pehh biasa ah bila sebut bola ni mesti ada perjudian so adalah yang tak puas hati tu akibat rugi banyak.
Terus ke tahun 1998 haa ni aku dah besar banyak. Tuan rumah 1998 adalah Perancis. Tuan Rumah perancis menang masa ni kalahkan Brazil 3-0. Hehehe masa ni jugak team sekolah aku kalah 3-0 dengan SMK Bentara Dalam Batu Pahat dii mana aku salah seorang pemain sayap kiri ketika tu. Aku memang suka pemain sayap kiri kalu main bola, tapi tu semua dah tinggal kenangan sebab aku tak boleh bersukan lagi kini.
Sebab aku tak boleh bersukan bermula tahun 2002 ni lah dimana world cup diadakan di Korea Selatan dan Jepun. Ni memang aku akan ingat samapi bila-bila. Masa ni aku duk terlantar kat umah sebab baru terlibat kemalangan jalan raya di shah alam yang menyebabkan aku extend setahun belajar. Kaki patah, so tengok bolah kaki bebalut + letak atas meja sambil tengok tv. Sebab masa ni masa korea dengan jepun hampir sama dengan Malaysia, dan banyak perlawanan diadakan siang hari waktu Malaysia.

Di Jerman 2006 aku berkhidmat di Pahang, tak banyak catatn memori yang aku ingat ketika aksi 2006 di mana Itali telah menang final masa tu tewaskan Perancis. Haa bar ingat masa aksi final Zinedine Zidane telah menanduk dada pemain Itali Marco Materazzi, yup aku tengok saat-saat tu.

Sekarang 2010 aku di Melaka, jadi apakah coretan kali ni? Walaupun aku ni tak minat bolasepak disebabkan bahang yang melanda macam satu fenomena, terpaksa lah aku mengikut fenomena itu. Team pilihan aku, macam biasa Jerman, aku dh beli baju tanda sokongan kepada Jerman kali ni. Go go Jerman.

0 Komen: