Blogger Backgrounds

Rabu, 1 Disember 2010

Meniti Hari Yang Lambat

Semalam aku rasakan begitu lambat waktu berlalu, tambahan pula bos bercuti. Bukanlah maksudku ingin mengambil kesempatan untuk tidak membuat kerja Tetapi aku menafaatkan masa dengan sebaiknya tanpa kehadiran beliau di depan mata ini. Aku rasakan, aku bukanlah orang yang suka menunjuk rajin kerja di hadapan bos. Padaku menjadi serba tak kena kalau dia ada di office, aura nya seakan menghalang aku dari membuat kerja dengan aman dan damai. Walaupun dia tidak memanggil atau melihat aku bekerja.

Hari ini auranya tiada, segala dalam planner yang aku tulis malam tadi semua dilaksanakan dengan teratur dan sempurna tanpa rasa tertekan kehadiran auranya di sekitar rajah radius di tempat kerjaku.

Kepuasan membuat kerja hanya aku yang rasai. Segala curahan idea dapat di implentasikan di dalam apa sahaja gerak kerja yang aku laksanakan. Sungguh tenang hari ini, masa bergerak perlahan. Uh bila lah dapat lagi jumpa hari sebegini. walaupun hari lambat berlalu tapi aku suka.

0 Komen: