Blogger Backgrounds

Isnin, 7 Jun 2010

Melihat Mimpi Melepasi 2 Jun dan juga 6 Jun


2 tarikh yang akan kita lalui sepanjang hidup kita di dunia ini. Apa erti tarikh ini jika ia bukan tarikh lahir anda? Hari Penting Negara? Atau sebagainya. Ini tarikh yang aku rs aku ingat walaupun aku ini tidak begitu kuat menempuh kisah lalu. Rasanya tak banyak tarikh di ingatan aku ini yang boleh menyebabkan aku lupa? 10 Julai? 7 Januari? 19 Jun? 19 Sept? 28 Nov? emm seingat aku tak sampai sepuluh kot.

Walaupun begitu setiap tarikh itu pasti ada catatan yang aku sendiri ketahui. Membahagiakan atau mendukakan itu lumrah kita sebagai manusia yang punyai perasaan, Cuma bezanya bagaimana kita mengawal kesemua perasaan itu. Berfikir terlebih dahulu atau terus menghukum perasaan itu. Manusia yang tidak tahu jiwa aku pasti cepat menghukum itu semua. Biarkan mereka, seperti yang aku telah jelmakan hanya aku sahaja yang tau setiap tarikh itu.

Aku hanya mampu senyum sendirian apabila aku menikmati layanan perasaan aku di satu lokasi wajibku menilai alam dan kehidupan ini. Mimpi bukan mainan tidur lagi kini, ia menuntut kita untuk berfikir bagi perjalanan seterusnya.


Broery Marantika ada melukisi lirik:

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Selamat Ulangtahun Cinta dan Segalanya….