Blogger Backgrounds

Khamis, 1 Julai 2010

Kursus oh Kursus



Sebagai unit yang di amanhkan menyelaras latihan staf jabatan, aku bertanggungjawab memastikan staf mendapat latihan/kursus/bengkel dan sebagainya. Ada sasaran yang ditetapkan oleh university di samping sasaran SPA. 30 Jun seakan tarikh keramat apabila lebih 5 kursus di anjurkan di sekitar universiti. Unit aku juga menganjurkan kursus khusus untuk bidang gred aku. Jadi hampir 80% staf dalaman terlibat dengan kursus dalaman ini. Jadi bagaimana kursus luar yg juga menjemput jabatan aku? Terpaksa ada yang tak boleh dilepaskan pergi, ada yang curi-curi masa sekejap ke sana sekejap ke sini. Aku pula dihujani soalan oleh mereka untuk pergi kurusus yang mana satu. Aku tetatp dengan pendirian kursus khusus lebih penting dari kursus berbentuk umum. Akhirnya kursus aku selesai setelah berusaha yang agak panjang bagi mendapatkan penceramah. Terima kasih semua. Jumpa di kursus yang terdekat akan datang.