Blogger Backgrounds

Rabu, 14 Julai 2010

Berkunjung ke Houz Depot dan IKEA



Weekend lepas aku berkesempatan berkunjung ke 2 pusat kelengkapan rumah yang boleh di anggap besar di KL. Sebenarnya memang telah di rancang awal untuk ke lokasi ini. Tujuan mudah bagi mencari idea barangan yang ingin di beli nanti. Walaupun weekend ini agak penuh dengan acara autoshow dan 1 xf drift Malaysia open. Yang penting semua telah di cancelkan. Perancangan awal lagi penting.
Well not bad ke pusat kelengkapan ini banyak idea yang aku perolehi , kira macam aku pergi pertama kali ni just open survey sambil mata pena dan lensa kamera berjalan. Tidak dinafikan ada barang murah dan ada yang mahal, ini terpulang kepada kebijaksanaan memilih berdasarkan nilai.
Memang puas hati bila mana di malam hari aku mula mengatur perancangan ruang dan juga barang yang dijumpai di siang hari. Tapi tak lengkap lagi coz kepenatan menimpa, esoknya aku tak mampu bergerak bila bersandar di depan tv. Habis urat saraf aku kepenatan. Yang boleh bergerak hanya jantung dan kelipan mata. Hahahaha itulah penangan survey seakan di siang hari.
Next jumpa kontraktor untuk pagar, ceiling dan juga kolam ikan, mungkin jumaat atau sabtu ni set appoiment untuk itu pula. Penat juga yea merancang, macam nak rancang kawen plak huhuhuhu.