Blogger Backgrounds

Khamis, 5 Ogos 2010

Membuat Wasiat



Hampir sebulan aku mengarang wasiat. Malam ni baru teratur skit segala maklumat yang aku ingin masukkan menjadi padat dan tidak meleret-leret. Awal tahun lepas aku daftar dengan amanah raya bagi membuat wasiat mengenai segala harta yang aku miliki supaya tidak timbul kekusutan di kemudian hari. Aku sedar akan kepentingan Amanah Raya Berhad (ARB) kepada diriku, yelah siapa tahu tarikh kematian mereka, mudah sahaja bagiku, aku tidak mahu pihak yang masih hidup pening nak urus itu nak urus ini mengenai harta aku.


Aku juga takut ada di antara asset yang mungkin warisku tak dapat mengesannya. Jadi dengan ada ARB ni jadinya semua aku dah istihar dalam 1 borang. Bayaran tidaklah mahal mana kira mampu lah untuk pegang amanat ni. Bercakap berkenaan harta tentu orang ingat aku ni banyak harta, takde-takde pun adalah juga dengan saham yang berderet, buku akaun bank yang berlambak dan itu dan ini.


Bukan sahaja bercakap pasal harta malah hutang juga, dengan ARB pengistiharan yang dibuat jadi senang warisku untuk claim insuran mengenai hutang tersebut, claim insuran untuk bayar hutang-hutang itu lah apa lagi xdelah bila dah mati bunga berjalan dan lebih parah bagaimana dengan konsep kematian dan hutang?


Sedih juga bila baca balik wasiat aku terutama baris-baris akhir, apa boleh buat persediaan awal perlu untuk semua. Kata Raihan ingat lima perkara sebelum lima perkara tetapi aku ingat perkara ke 6 lah ni.


Bila dah mati adakah aku tahu semua ini lagi? Adakah aku duk fikir lagi perkara ini lagi?