Blogger Backgrounds

Selasa, 17 Ogos 2010

Selamat Berpuasa


Maaf lambat mengucapkan selamat berpuasa dek kesibukkan tugas seharian ditambah pula aku pulang ke kampung bagi menyambut awal ramadhan. Kali ke-3 aku berpuasa di sini, mengikut catatan perjalanan puasa aku tahun-tahun kebelakang memang semuanya ditempat orang. Shah Alam, Kuantan dan kini Melaka. Itulah pengorbanan yang perlu dikorbankan bagi menjual kepakaran. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana setiap kali menyambut awal ramadhan aku berkesempatan pulang ke kampung.

Tahun ini paling panjang iaitu selama 5 hari dapat berpuasa awal di kampung. Ada sesuatu yang aku rasakan susah nak cari pada orang bujang sepertiku iaitu aku bangun untuk bersahur dan boleh bersahur dengan juadah yang berat. Sejak dahulu hingga kini aku banyak menyaksikan rata-rata orang bujang yang hidup berasingan dengan keluarga memang sukar atau tidak bangun untuk sahur. Entahlah bagiku sahur itu wajib dan mesti meraikannya, mungkin juga aku telah dibiasakan oleh mak aku untuk bangun bersahur. Hai terima sahajalah kelebihan aku ini seadanya.
Dalam minggu ni juga aku duk sibuk mencari perbezaan di antara Mitsubishi Cedia dan Mitsubishi Evolution 7, Nampak macam sama tapi dimanakah perbezaan kembung itu???? Meh search google image to see dan tolong aku cari perbezaannya. Gud Luck