Blogger Backgrounds

Jumaat, 10 Disember 2010

Sakit-sakit tanda dah tua?


Apa istillah tua? Tua terletak pada angkanya? Tua terletak pada rupa parasnya? Tua fizikalnya? Ataupun tua itu apabila bilangan penyakitnya? Yang biasa-biasa tua pasti dikaitkan dengan angka, angka adalah umur yang setiap manusia akan bertambah setiap hari. Itulah tua bagiku. Seharusnya manusia bertambah matang apabila semakin tua tetapi perkara ini terlalu subjektif, ada juga tak sedar diri apabila diri semakin tua.

Tertarik dengan kata rakanku, ‘dah tua so banyaklah sakit-sakitnya’..emm memang betul pun sel bertambah longgar, imun semakin kurang maka itulah yang menjelma. Rabu aku terpaksa MC akibat sakit pinggang yang di alami akibat pemanduan jarak jauh aku weekend lepas. Biasa dalam sehari atau dua kalu mengalami symptom ini aku akan baik. Tetapi setelah melebihi 3 hari nampak seakan ada yang tidak kena maka kliniklah tempat dirujuk. Syukur tiada apa yang memudaratkan, mungkin ini jenis bapak segala sakit pinggang yang aku alami. So degil lah sikit nak baik.

Ku hadapi segalanya walaupun ketika naik semula kerja rakan-rakan memerli “hai belum kawen dah sakit pinggang” senyum saje lah apa bleh buat, kawan-kawan nak bergurau. Penting tu orang masih sukakan kita itu sebab orang layan kita. Kalu ada atau takde kita di pejabat orang tak pedulik, itu sudah berat kawan..orang dah tak endahkan kita dah atau lebih tepat orang maybe benci kita.