Blogger Backgrounds

Isnin, 21 November 2011

Staf Pertama Pencen di Organisasi















Pegawai Automasi kami.......



Pustakawan terbaru....still bau kedai lagi








Organisasi IPTA yang aku bekerja sekarang ditubuhkan pada tahun 2000. So ianya amat muda dalam 11 tahun umurnyer. Kebanyakkan kakitangan yang mula berkhidmat di sini adalah dari salah satu IPTA dari selatan tanahair.Hanya aku dan beberapa orang staf sahaja yang berasal dari negeri selain melaka dan organisasi berlaian yang ditawarkan dijabatan ini.

Bagi jabatanku tanggal 17 Nov 2011, staf pertama telah bersara iaitu orang nombor dua di jabatan. So semenjak aku mula bekerja sehingga sekarang dari lain-lain pekerjaan sebelum ini, ini merupakan kali pertama aku berhadapan akan orang yang berpencen. So aku secara langsung teruja dan juga rasa sedih akan kebersaraan beliau.

Majlis makan malam telah di anjurkan oleh kelab jabatanku pada malam hari terakhir beliau. Tidaklah semeriah mana tetapi mungkin memberi satu rasa penghargaan yang mungkin ada nilainya.Tapi dengar-dengar ada satu lagi majlis secara haram dikalangan pegawai akan diadakan kelak.

Aku terbayang 26 tahun lagi, macamanakah aku pada majlis persaraan ku nanti????

0 Komen: