Blogger Backgrounds

Isnin, 30 Mei 2011

It Finally....get it


Antara suka dan perasaan yang bercampur baur, semua orang masuk kerja dalam sector kerajaan menantikan surat ini dalam tempoh 3 tahun permulaan perkhidmatan. Masih ingat di tempat lama dahulu, semua gila nak dapat taraf ni sebagai tahap selamat untuk berubah kea rah yang lebih teruk. Dapat surat ni ada 2 erti, pertama kaya sekejap dan kedua kebal dari segala pembuangan dalam sector kerajaan. Pendek kata ianya kebal akibat prosedur yang begitu panjang jika nak di buang kerja.

Entahlah itu hakikat yang aku tahu serba sedikit dalam sector kerajaan ini. Bagi aku rasa terkejut pun ada serta merta terbayang wang kwsp yang boleh di keluarkan. Bukan rasa gembira tetapi aku membayangkan segala usaha aku bekerja selama ini adalah di situ termasuk kerja kilang, serta merta aku terbayang ibu aku. Emmm dia banyak bersusah payah dari aku bersekolah hingga aku bekerja, dahlah masa sekolah buat persiapan aku ke sekolah begitu juga masa bekerja, sibuk juga bangun pagi menyiapkan segalanya. Maka aku dapat rasakan wang itu juga seharusnya bukan aku seorang sahaja yang punya, dia juga ada hak nya berdasarkan perit jerihnya untuk aku selama aku bekerja dahulu.

Itulah yang aku gambarkan selama ini dalam proses ke arah mendapat surat ini. Apa perlu aku buat ya? Masih tidak terfikir. Ingatlah jasa mak sepanjang hayat kita. Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu. Sayang Mak…………