Blogger Backgrounds

Khamis, 28 Jun 2012

Tahniah, TKP baru erk.. Pemangku je dengarnya



Tepat jam 4.30 ptg kedengaran suara-suara tahniah dari bilik sebelahku, Aku dengan segera menjoinkan diri mendengar dengan lebih real perkhabaran itu. Yup berita yang ditunggu-tunggu, Ketua bahagian aku telah di naikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pustakawan (TKP) S48, tetapi agak pelik hanya Pemangku TKP sahaja, mungkin tempoh percubaan sebelum lantikkan sebenar ke jawatan hakiki TKP. Anyway tahniah dariku juga menyusul. Dari 3 calon dalaman yang memohon dan hadir temuduga, aku amat yakin ketua bahagianku akan mendapat jawatan ini kerana kelebihan beliau yang memiliki Msc in field library Management. Jawatan ini telah dikosongkan hampir 8 bulan sejak bersaranya orang lama di situ.

Perlantikkan ini aku harap akan membawa kepada corak pemerintahan yang diharapkan dari semua pihak, Corak pemerintahan yang "easy going" dan mempunyai hala tuju dan keputusan yang tepat untuk dilaksanakan. Mungkin corak itu belum boleh di lihat sekarang melainkan jawatan tertinggi di miliki oleh beliau, walaubagaimanapun ia haruslah di pupuk bermula dari langkah pertama.

Tahniah En. Azman………

0 Komen: