Blogger Backgrounds

Khamis, 3 Mei 2012

Bersih yang membuat sampah






28 April 2012, pertama aku telah menasihatkan rakan-rakan supaya jangan ke Kuala Lumpur, yang lebi mencuit hati aku, ada juga kengkawan yang tak tahu langsung bersih akan wat demonstrasi pada hari berkenaan. Tersentak dengan info aku itu mulalah menanya jalan-jalan yang mereka ingin pergi, wah macam tahu sangat aku ni nama jalan kat KL tu, usah KL jalan tempat aku duduk pun aku tak tahu mana angka jalan no 2 mana jalan no 22. Senang cerita nama tempat yang bernama Kuala Lumpur tu xboleh di jejaki pada 29 april itu.

Tengahari 28 April aku mula mendapat perkembangan terkini di siaran televisyen Malaysia, Yup berish adalah sama sahaja dengan versi sebelum ini, perhimpunan yang dikatakan aman telah berubah menjadi ganas. Haii apa sudah jadi? Jadi lepas ni kalu ada bersih version lain, aku automatic tak percaya dah.

Siapa betul? Siapa salah? Entahlah pada asasnya aku tak setuju perjuangan dijalanan bergini. Persoalan utama aku? Adakah yang memulakan huru hara pada perhimpunan bersih itu bukan dari kalangan mereka orang Bersih? Contoh di sebuah padang ragut semuanya lembu, tiba-tiba ada kambing menyamar jadi lembu? Anda perasan? Mungkin Berjaya dikenapasti atau mungkin tidak. Itu persoalan aku. Tapi aku akui bila dah ramai-ramai tu memang susah kawalan dengan provokasi menaikkan semangat bagi penentangan.

Aku bukan orang yang suka politik-politik ini, bagi aku politik itu busuk. Siapa sahaja yang naik pasti akan memburukkan satu sama lain. Percayalah. Ingatlah menyokong dan taksub pada orang tertentu itu hak anda. Tapi harus di ingat, bila anda kena tahan kena angkut masuk blackmaria polis. Fikirkan sapa yang akan jamin anda? Siapa? Siapa? Bini? Makbapak? Anak? Atau pemimpin yang anda taksub tadi? Jadi undang-undang itu tetap undang2. Anda akan tahu menilai dan hargai undang-undang bila anda di pihak yang memerlukan undang-undang untuk melepaskan anda.

Erk mana kambing tadi lari? Lembu dh lebam bergaduh sesama sendiri ni………