Blogger Backgrounds

Isnin, 3 September 2012

Selamat Meraikan Kemerdekaan ke-55 Malaysiaku


Ada orang mungkin kata usia 55 dah tua, dan ada kata usia baru lagi. Bagiku konsep lama mungkin sesuai untuk usia manusia, bagi usia kemerdekaan untuk sebuah negara ianya terlalu muda jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Lama tau baru, nilai kemerdekaan harus dilihat dari perpekstif kematangan bangsa di dalam Negara itu, xguna merdeka jika masih bergantung segalanya dengan Negara lain. Adakah Malaysia begitu? Antara ya atau tidak, kedua-keduanya masih ada. Namun nampak agak cantik sebab kita telah moden dari segi mentaliti rakyatnya. Kita boleh berdiri sendiri dan juga mampu untuk berdiri jika tidak tahu berdiri lagi. Tetapi ada juga yang xmampu berjalan dengan betul setelah mampu berdiri. Heheheheh adalah golongan tu yang harap semuanya dari orang lain.

Back to merdeka 55, walaupun aku rasa kemerdekaan kali ni paling g xglamour sejak aku kenal sambutan kemerdekaan, mungkin sebab tema dan logonya yang aku kira agak pelik. Kalu cerita lebih nampak macam aku ni terlibat dengan politik. Tetapi anda harus ingat, aku ini tidak suka politik, walau apa pun warnanya. Secara peribadi aku agak tidak berapa ngam dengan tema dan logonya tadi. Biasanya aku telah dipupuk dengan tema kepatriotikan dan logo yang memang macam logo. Mungin aku yang salah atau pendapat aku yang salah, tetapi itulah pendapat aku.

Untuk sambutan kali ini, aku buat sekian beberapa tahun kalinya hanya melepak dirumah, sebab malas kusut dengan kesesakan. Jadi tiba masa bummmm… tido sahaja tanpa perasaan.