Blogger Backgrounds

Isnin, 28 Oktober 2013

Apa yang sebenarnya kita KEJAR


Apa yang kita kejar dalam kehidupan ini? Harta, Kemewahan, Kebahagian…yea sebut sahaja semua yang indah memang kita nak kejar bagi mendapatkannya. Berbicara mengenai kejar ia berkait rapat dengan kelajuan aka kepantasan. Jadi sejauh mana anda mengejar sesuatu yang indah itu secara laju aka pantas?

Aku mula terfikir suatu teori berkenaan perkara ini dalam aku belajar ni. Bila sambung belajar mestilah kena wat assignment, jd bila ada assignment mestilah ada tarikh hantar. Berbicara pula pasal assignment membuatkan aku seolah-olah inginkan kelajuan itu di perlahankan, namun apa dayaku, masa akan terus berlalu ke hadapan sambil membawa aku bersama. 
Kawan aku pernah berkata:

“walaumacamana tidak mahu pun kita pada hari berkenaan, ia tetap tiba, dan percayalah hari berkenaan juga akan berakhir.”

Memang benar hari berkenaan akan datang, dan benar juga akan berakhir………
Aku tetap terus berlalu bersama arus masa. Suka duka kena hadapi dan berakhir………
Begitulah seterusnya dan seterusnya…..

Aku mula berfikir kearah reality masa yang lebih global…dalam kehdupan ni untuk mengejar keindahan kita sering sahaja inginkan kepantasan. Sebagai contoh:
“cepatlah akhir bulan, coz nak dapat gaji”
“cepatlah 7 tahun coz nak cepat abis bayar hutang”
Cepatlah itu dan ini…………….

Sedar atau tidak semua itu final destination nya adalah KEMATIAN. Sebenarnya antara sedar atau tidak kita cepat nak menuju tarikh keramat tersebut. Aku baru perasaan lantaran kata-kata kawan ku itu.
OOOooo selama ini aku lupa akan pengakhiran itu. Aku jadi takut, banyak dah aku nak kelajuan itu, serba serbi nak laju..Oh reality.


Sabtu, 26 Oktober 2013

Nak Menangis?




Uh lamanyer aku tak update blog ni…….actually aku bz sangat dengan study, sekarang masa macam dah tak cukup dengan putaran 24 jam. Last assignment memang stuck giler, rasa cam nak menangis pun ada, uh hamper  yea, tapi xnangis tau..control macho katakan hehehehehe….

Disaat menulis ni, aku baru balik dari seharian di kelas, Alhamdulillah segalanya dapat dihantar seperti masanya. Aku tertarik nak cerita pasal teori kehidupan yang aku baru dapat sejak 2 menjak ni, tapi cm xfeel nak taip sekarang, coz aku perlu cari ketenangan untuk itu semua.

Belajar ni menyebabkan aku telah hilang hobby, kerja? Lagi ler aku wat acuh xacuh je sebab? Masalah dalaman pentadbiran. Aku rasa belum bersedia nak cerita lagi, untuk generally ramai pegawai kat tempat aku dah mula jadi pemberontak termasuk aku. Uh ini hakikat , kalu takut risiko jangan bicara pasal perjuangan, cewahhh tu skit je dlu

Khamis, 3 Oktober 2013

Jentera tambahan sudah keluar

Dulu ku ade berhasrat nk  mengeluarkan sebuah jentera lagi di jalanan, alhamdullilah hajat dah tercapai, Sebuah jentera 1.3cc je, cukuplah untuk bermain-main...opsss K-car lagi?.?? yea betul, akhirnya jentera k-car keluar lagi....malu plak nk sebut, bukan mahal cam evo pun..saja ngada2 gatai tangan...uh nak kata kaya xpun, tapi rezeki dari tuhan tu ada...layan.....