Blogger Backgrounds

Selasa, 31 Disember 2013

Selamat datang 2014


Rasa sedih jugak nak tinggalkan tahun 2014 ni, banyak juga susah payah yang telah dilalui, oit nape ingat susah payah plak ni...senang lenang xde ke? yup aku compiled kan sekali lah susah payah senang lenang..itulah kehidupan kan, semua kena lalui, semua kena hadapi, aku seperti nk cakap je kat tahun 2013 supaya hold lah dlu, aku xpuas lagi bersama kau. Setahun ni sekarang sekejap je..masa dah nak berakhir so memang sekejap lah

Banyak ke pencapaian aku tahun 2013 ni...emmmm kalu dikira yang paling BESAR adalah sambung belajar ah, dah abis 2 sem. so tahun 2014 splak 2 sem yang di jangka mengeluarkan air mata lelaki dengan lebih banyak lagi...ingat REDAH kena REDAH....oh ya 2013 juga sebuah jentera 1.3cc telah keluar, mungkin terlalu banyak lagi keringat yang perlu ditabur untuk menaikkan imej sebuah jentera yang tidak dipandang orang kepada kelas bangsawan kasta tinggi.. Aku cuba

Harapan tahun 2014? aku malas dah nak susun harapan...yang pasti aku nak habiskan belajar.

Isnin, 23 Disember 2013

Telah berakhir

Semalam telah berakhir semester 2, maka akhirnya adalah exam. rasa nyae aku boleh jawab, namun cuma terpulang kepada ayat  seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Aku telah cuba yang terbaik. Seminggu struggle study itu dan ini.
Ah lupakan itu seketika..
Aku nak feel relax selamannya sekarang.....uppp bulan 3 naik sem 3 plak...adoyaiii

Ahad, 8 Disember 2013

Penghujung



Semalam 7 Dec 2013, kelas terakhir untuk semester 2 ini, maka dengan ini sudah cukup 2 semester aku menyambung pengajian. Semalam jugak marathon 3 presentation group, pehhh nampak cam meletihkan tetapi aku dapat rasa kepuasan apabila semuanya telah berakhir. Bila tamat kelas aku rasa LEGA bukan lego yea...lego tu permainan...bila fikir2 aku xpg lagi legoland tu kan...erk?

xmo fikir dah kepenatan yang dialami. rasanya semester ni lah yang paling tuff untuk dilalui. Tetapi aku bersyukur sebenarnya aku dapat belajar sesuatu dari laluan yang melikukan itu. walau apa pun aku kena redah. Satu lagi final destination untuk semester ini..FINAL EXAM yang akan berlangsung 21-22 Dec ini. Hope dapat lalui dengan lancar.

Tengok rumah ni pun dah bersepah dengan kertas2, pas final lah baru aku kemas semua ni. sekali tengok dah macam sarang harmster pun ade...apa bleh buat....