Blogger Backgrounds

Jumaat, 10 April 2009

Fast n Furious 4- 5 april 2009


Dunia jentera 4 roda ini amat sinonim dengan kehidupan ku. Aku kurang pasti di mana sebenarnya era aku bersamanya bermula. Aku tau aku bermula dari bawah, mengenali jentera ini dari lukisan, aku gemar melukisnya dlu, berubah ke arah pembacaan dan seterusnya dunia realiti rakan2. Aku berjaya memiliki jentera sendiri seawal umur 19tahun, terlalu muda untuk jentera itu, hingga kini menjangkau ke usia 30an belum ada tanda-tanda ia akan berakhir. Aku yakin ia ada noktahnya cuma aku sendiri tidak pasti kesampaian masa tersebut. Meminatinya membuat aku tenang, ia melibatkan hati dan perasaan. Aku sukar percaya untuk itu kepada manusia.

Projek terbaru telah berlalu banyak juga nilai wang manusia kejar telah aku habiskan untuk jentera yang agak besar ini, tenaga dan idea serta kesungguhan telah aku korbankan terhadapnya..Puashati? ia terlalu subjektif untuk di jawap..

Projek seterusnya adalah kereta kesayanganku yang banyak memberi kenangan suka duka aku bersama nya selama 8tahun berkhidmat denganku..ia seperti teman karibku. aku percaya kalau dia seperti manusia sudah banyak cerita aku bersama nya di ceritakan.

back to topik? filem ini? 3.5 bintang untuk nya. ia pasti ada aksi ke5..

0 Komen: