Blogger Backgrounds

Jumaat, 10 April 2009

Rezeki untuk keluarga........6 April2009


Ketika sedang melayan perasaan dibangku KFC Mahkota Parade, hujan menyejukan suasana..aku terpandang satu keluarga lengkap, ayah, emak dan 3 orang anak..mulanya hanya biasa tapi lama kelamaan otak aku menjana sesuatu..kunyahan si anak amat meligatkan otakku..ohh itulah rezeki yang diberi oleh bapa untuk si anak dan keluarganya, dr mana sumber itu? tentunya pekerjaan yang halal..secara tidak sedar apa yang kita buat untuk mencari duit adalah untuk kehidupan keluarga..adakah apa yang kita kerjakan itu betul2 memberi keberkatan..zaman kini nama sahaja kerja halal tp bagaimana pengisian kerja itu? adakah 100% halal? ia berbalik kepada kunyahan si anak tadi..adakah ianya halal..kesan senang semua orang tahu..lama juga aku memikirkan itu semua, aku belum bekerluarga tp aku mempunyai ibu bapa yang juga tanggungjawabku..aku selalu tidak berkompromi dengan halal dan haram dari segi pemakanan..aku takut ia akan menjadi darah daging dan terus meresap ke generasiku..aku sedar aku bukanlah orang yang baik akhlaknya, tp pemakanan lain bagiku..aku hanya mampu berharap kerjaku diberkati dan mampu menjadikan halal itu untuk ibubapa ku.semua nya hanya harapan

0 Komen: