Blogger Backgrounds

Rabu, 10 Jun 2009

End Of Episode..

Hari ni aku mula bekerja semula setelah menghabiskan induksi yang panjang di tambah pula dengan pengambilan cuti beberapa hari. Terdapat urusan bank yang juga telah selesai, uh aku puas dengan hariku ini.
Berakhir juga episod aku dengannya, berakhir ke? harap yelah kan...aku nak terbang ke langit sendirian bebas terbang ke mana sahaja, bebas sebebas bebasnya. Aku begitu teruja dengan jentera ku..tak sabar. Weekend ni maybe aku ke KL bagi membuat perbincangan dengan bengkel body di cna, rasa nak beli terus apa yang kurang..warna juga dalam peringkat rundingan dengan bengkel berkenaan. Minggu lepas aku ada ke kedai cat menanyakan warna seliter dalam RM 350 nak pakai 3 liter belum masuk cat-cat lain yang diperlukan, bajet cat pun dah dalam 1.5k. Gila memang gila tapi itulah hakikat budak-budak autoshow yang telah lama aku ketahui sejak bercampur dengan mereka. Aku tak hairan dengan angka itu sebab dah biasa sangat dengar. Dulu masa memula tau rasa terkejut jugak mana tak nyer untuk sebuah jentera kecil kita terpaksa berhabis tak kurang 10k.
Aku telah mengenali lama dunia ini, dunia yang tiada noktah nya, dunia yang memberi kepuasan untuk bagi yang meminatinya. Oh ya, apa yep warna kegemaran dia dahulu?????

0 Komen: