Blogger Backgrounds

Rabu, 10 Jun 2009

Setahun sudah berlalu..Jun muncul kembali

2 Jun 2009
Perkara pertama aku fikirkan di pagi hari adalah ingin memberi sepotong sms kepadanya, hatiku ingin sangat tapi aku sedar akan diriku. Hari ini merupakan ulangtahun pertama perpisahan aku dengannya. Yea setahun yang lalu ketika aku mula menjejakan kaki ke tempat kerja baru ku ini. Ini juga bermakna telah setahun aku di Melaka dan meninggalkan dia. Teringat kembali aku menitiskan air mata di petang setahun yang lalu kerana perpisahan itu. Aku tetap dengan pendirianku menyimpan segalanya dan tak mungkin aku lupakan nya. Aku harap aku tak bertemu dengan lelaki itu. Kenapa? Ia mmg begitu, ia mungkin tersurat...
Pagi ini aku malukan diri dan terus member sms itu. 5 hari lagi segalanya akan berakhir, berakhir untuk semua kisah lalu. Maafkan aku kerana tidak menjawap panggilanmu, aku malu aku segan untuk berbual denganmu walaupun sepotong perkataan. Entahlah aku seperti dalam keadaan kekacauan jiwa. Mungkin semua orang akan menghadapi keadaan serupa denganku apabila perkara ini terjadi kepadanya.
Di masa riadah petang aku mengambil kesempatan untuk bersendirian di tepi pantai menghirup udara selat Melaka yang member seribu satu imbauan dan kenangan kepadaku. Lautan ini berbeza dengan lautan yang pernah aku sama2 duduk dengannya di tepi pantai suatu masa dahulu. Menungan panjang ini membawa mindaku menerobos segalanya, membuatkan aku tersenyum, sedih dan pelbagai perasaan yang timbul. Segalanya tidak mampu untuk di ceritakan. Walaubagaimanapun aku terus menyanjunginya..semoga dia tabah untuk terus kehadapan. Aku tidak mahu, aku sebagai penyebab duka untuknya. Aku mahu dia sentiasa gembira. Ohhh aku rindukannya.
Berita baik dari bengkel jenteraku, segala urusan JPJ telah selesai bermakna fasa pertama sudah siap, pulang dari induksi aku harus ke fasa kedua pemasangan bodykit yang melenyapkan identiti asal jenteraku. Jentera ini pun dirasakan mempunyai banyak kenangan bersamanya, apakan daya aku mahu ia jadi lain dari dulu. Sekembalinya aku menghirup kenangan lalu di tempat dahulu, aku berharap dia tidak mengenali jentera ku itu lagi, aku terlalu ingin memandangnya dari kejauhan..terlalu ingin...terlalu ingin..hatiku sahaja yang tau bagaimanakah perasaan ini..

0 Komen: