Blogger Backgrounds

Isnin, 6 Julai 2009

Formula Drift Singapore Series 2009








Hi semua 4 dengan 5 julai berlangsung formula drift di Changi singapura, aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke sana bersama rakanku. Pada mulanya aku memang tak nak pergi di sebabkan duit dah nipis almaklumlah dah abis di bengkel, atas dasar kesungguhan ajakkan akhirnya aku menjejakkan kaki di negara Singa ini. Jentera Nissan Cefiro dan Nissan Silvia dari malaysia kami berjaya merentasi tambak Johor jam 8mlm melalui Tambak Johor. Merasa bangga apabila orang sekeliling melihat jentera kami yang di penuhi pelekat-pelakat penaja memasuki negara berkenaan. Urusan kemasukkan tidak lah sesukar yang digambarkan oleh banyak pihak. pada aku jika kita menaiki bas mungkin kesusahan itu jelas terjadi, namun jentera-jentera kami melepasi segalanya. Mungkin republik berkenaan tahu akan event permotoran yang di anjurkan di sana (walaupun kami tak menyertai pun heheheh). Sungguh terkejut Polis Trafik singapura adalah antara penaja utama bagi program ini. cantik sungguh sokongan sedemikian yang tiada di bumi kita Malaysia. semua dok melaungkan sukan teras yang tiada kesudahan dan kemenangan. sukan permotoran seperti Drift di pinggirkan, kita ada jaguh yang telah menang di USA dan Japan, siapa tahu? siapa peduli? balik-balik duk asyik bola sepak yang entah mana sinarnya.

Golden Landmark A Far East menjadi tempat penginapan kami di sini. Agak mahal, tapi kena lah tong tong adat datang bersama yang mahal di kongsi bersama. panas terik..well best experience bagi yang meminati. Bila lah lagi peluang ke Singapura ni. Hope Thailand after this..hope so...cheerrrzzzz

0 Komen: