Blogger Backgrounds

Isnin, 30 November 2009

Berhari Raya Aidiladha

Tak banyak catatan yang boleh di bawakan ke blog ini mengenai hari raya aidiladha aku. Bagi kami di Selatan tanahair, perayaan ini tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri. Ia cukup sekadar sembahyang raya dan selepas itu penyembelihan untuk korban.. selepas itu TAMAT. Hari Raya ini seumpama cuti am biasa sahaja. Bayangkan hari raya tu juga mak aku ajak pergi klinik haiwan nak beli vitamin untuk kucing dia pastu shupping serba skit. Ada ke makna raya tu? Kalu aidilfitri jangan haraplah nak terfikir dengan aktiviti tersebut. Penat jugak layan mak aku petang tu, malam tido terus pengsan tak sedar dunia walaupun sejuk dengan cuaca kampung.

0 Komen: