Blogger Backgrounds

Selasa, 10 November 2009

Menatap matahari terbenam di Jeti Pulau Besar










Emm dah agak lama juga aku ambil gambar-gambar ini, Cuma tiada masa untuk masukkan ke dalam blog ni. Ok lah petang tu selepas pekena Mee bandung di Muar dan bertemu rakan lama yang lama tak jumpa di sana, lama sungguh.

Sampai rakan tu dah anak satu, dari bermain jentera kecil hinggalah ke jentera besar sekarang, dengar-dengan ada projek Mitsubishi Lancer Fiore, wau best aku pun ada projek tu so tak sia-sia berbual2 kosong seketika di tepi Tanjung Mas sambil makan kuaci sebungkus dua. Sebelum agak larut petang aku mengundurkan diri, maklumlah takut juga ada roadblock di tengah jalan kalu cerah lagi sempat gak memanjangkan leher. Beginilah nasib peminat kereta convert cam aku ni…enjoy!

Ok back to topic dalam perjalanan pulang singgah di Jeti Pulau Besar (ni jeti nak pergi ke Pulau Besar). Kebetulan matahari hampir nak terbenam, so layan lah termenung barang 10minit, 30 minit. Orang kata Pulau ni ber keramat, entahlah orang tua banyak cakap camtu, so aku yang muda ni ya je lah. Antara jeti ni ke pulau aku rasa dalam 7km je tp kena naik feri ler dalam RM15 je pergi balik.

Untuk rekod dulu sekitar tahun 2000 ada feri tenggelam dari Pulau Besar ke Jeti ni di malam hari, semua penumpang meninggal tak silap aku lah termasuk salah sorang nya saudara aku yang keje kat resort di pulau tersebut. Ahhh itu kisah lalu, layan termenung ni mulalah macam2 benda yang mencambahkan minda muncul. Tapi best otak aku jadi cool dan bebas seluas laut di hadapan ini. Hai bila lah aku dapat sesuatu yang menarik dalam hidup ni bukan harta tapi jauh lebih penting dari itu. Apa ya? Aku pun tak pasti…….

0 Komen: