Blogger Backgrounds

Khamis, 25 Jun 2009

Kecewa Untuk?




24 Jun 2009

Kecewa pencarian rim semalam tidak menemukan ku dengan item yang dihajati. Kecewa sangat terpaksa lah bersabar ke satu tarikh yang tidak di ketahui. Perjalanan hari bekerja hari ini di rasakan begitu sekejap. Permulaan seawal pagi 8.30 terpaksa menghadiri mesyuarat perpindahan ke bangunan baru perpustakaan di kampus induk. Meeting yang tidak dapat memberi keputusan adalah sesuatu yang sia-sia, penolong pendaftar perpustakaan, 2 pustakawan kanan, 2 pustakawan gagal member jawapan sepatutnya kerana bimbang dengan keputusan yang tidak diterima bos, mujurlah mereka menghubungi bos untuk mendapatkan keputusan, alhamdullilah rasanya dah settle. 1-16 Julai perpustakaan terpaksa di tutup bagi membolehkan kerja-kerja perpindahan berlangsung. Aku sudah pasti terlibat dengan unit ku perpindahan buku-buku sebanyak lebih kurang 25,000 buah ke bangunan baru. Aku tiada pengalaman untuk ini. 25,000 buah satu angka yang besar, teringat pula 2 organisasi sebelum ini, masing-masing dengan koleksi 20,000 dan 76,000. Uh sudah lama berlalu untuk itu semua, yang ada kini ialah realiti semasa yang harus di tempuhi. Selesai mesyuarat kami pergi melawat bangunan baru yang masih dalam kerja-kerja akhir tetapi bagi unit ku dan rujukan sahaja, yang lain belum siap dan di jangka bulan Ogos. Nampaknya kedudukan huru-hara ini akan berterusan sehingga Ogos nanti. Aku dah tengok bilik kun anti, tidaklah besar tapi rasanya selesa lah juga. Well we see it nanti.
Petang jam 3 baru aku sempat masuk ke pejabat, tak boleh buat apa macam-macam staf datang duk jumpa aku sampai jam 5 petang. Sudahnya pukul 5 bergegas pula ke MBO untuk menonton filem Transformer 2: Revenge of the fallen, nice! 4/5 bintang untuk filem aksi ini. Aku bukanlah seorang yang murah bagi menilai sesuatu filem, member nilai 4/5 merupakan filem yang benar-benar hebat dan memberi kepuasan kepada tontonan ku. Memang best cerita ini dan aku tertarik dengan kata-kata akhir StarStream kepada Megatron “Pengecut bukan beerti kalah, tetapi pengejut selalunya akan hidup”
Esok hari meeting lagi…………

25 Jun 2009

hari ni aku tak buat keje apa2 juga, sibuk dengan meeting. berita baik untuk semua harini makan tenghari di sponsor oleh aku khas untuk semua yang terlibat dengan program kemasyarakatan aku weekend lepas. Bertambah baik apabila semua AJK boleh claim OT. Bagi aku yang gred profesional ni hanya boleh claim off yang entah bila boleh di ambil coz cuti sedia ada pun berlambak lagi.

Seawal pagi jentera ku telah di hantar ke bengkel bagi kerja-kerja pra perubahan, jap lagi nak pi tengok, rindulah hehehehe