Blogger Backgrounds

Rabu, 7 Oktober 2009

Otak beku


Apa itu beku? Tak cair? Mampat? Entah aku rasa otak aku dah penuh space dia kot, semacam tak boleh terima maklumat baru untuk di masukkan, mengapa jadi sampai begini? Aku rasa gara-gara Timbalan Ketua Pustakawan yang baru ditugaskan mengendalikan bahagian yang baru diwujudkan di Perpustakaan ini. Bahagian Pengurusan Maklumat yang merangkumi Unit Sirkulasi, Media dan Rujukan. Walaupun belum sah beliau mengendalikan bahagian ini, dari mendung yang di lihat kemungkinan besar benar. Kerenah mengarah dan bertanya-nya menyebabkan aku kurang senang, bukanlah garang atau bukan-bukan arahanya. Tetapi memanggilku dengan kerap menyebabkan otak aku jem, asyik input je masuk. Aku cuba sedaya upaya menyerap permasalahan ini dengan mempositifkan diri, mungkin aku belum dapat sesuaikan diri dengan keletah arahannya. Harap semakin lama semakin ok. Harap lah!
Dalam seminggu dua ini juga aku mengalami masalah dengan waktu tidur, kerap terjaga seawal 4 atau 5 pagi. Adakah ia berkait dengan apa yang aku hadapi sekarang? Seksa dirasakan apabila ini berlaku, jika berlarutan seminggu lagi aku bercadang ingin berjumpa doktor bagi bertanyakan permasalahan ini. Tak tahan rasanya menanggung perjalanan ketidakbolehan tidur ini.