Blogger Backgrounds

Rabu, 31 Mac 2010

Mengingati Din Beramboi



Mengenali beliau seawal umurku 13 tahun melalui lawak-lawak nya di dalam kaset, memang terhibur seterusnya beliau pernah dijemput menjadi DJ di THR slot setiap Isnin –Khamis jam 2.30 petang. Ketika itu ERA Fm masih belum wujud lagi.
Memang tiap-tiap hari aku duk dgr beliau ni bila keudara selepas balik sekolah pagi sambil layan wat keje sekolah. Adakala aku tertidur. Watak syasha memang aku tunggu dengan mulut yang laser dan secara terus. Sedar atau tidak ketawanya kita adalah mentertawakan diri kita sendiri. Lawak itu adalah dari kehidupan seharian kita. Sedar atau tidak perangai aku mula terpegaruh dengan jalan cerita lawaknya. Menyebakan kini aku juga mampu untuk membuat lawak secara spontan.

Antara skrip ketika itu yang aku masih ingat

Melakonkan watak Awie Wing “ Awie kalu wat konsert dan lupa lirik awie suruh penonton nyanyi, jadi tekak awie tak sakit duit konsert pun dapat”

Banyak yang aku ingat sampai lah beliau kini menjadi DJ di Era FM bersama Aznil. Akun sentiasa menanti drama sebabak darinya. Tapi kini kita hanya mampu berdoa semoga saat itu kembali lagi. Insyaallah.

Jumaat, 26 Mac 2010

Selesai AGM Kelab Perpustakaan



Lega rasanya AGM kelab perpustakaan akhirnya selamat dilaksanakan untuk seisi 7/2010. Berdebar juga aku, yelah aku kan pengerusi bagi kelab ni, so sedikit sebnyak report yang di beri oleh AJK kepada ahli member debaran, kemungkinan adanya soalan-soalan killer. Alhamdulillah di akhirnya tiada soalan-soalan yang sangat-sangat tidak diharapkan. Aku dan AJK terpaksa untuk gagahi untuk setahun lagi sebelum aku dan AJK yang ada di bubarkan.

Rabu, 24 Mac 2010

Takziah Sahabat


Aku mengenali sahabat ini semenjak ketika zaman praktikalnya di negeri Tok Gajah, bermula menjadi pelajar praktikal dan akhirnya menjadi rakan sejawat di negeri yang sama sehinggalah aku ke negeri Hang Tuah yang bertuah ini dia masih menjadi rakan sejawatku pula di sini. Pernah juga menjadi housemate di dua negeri berkenaan, catatan agak panjang dalam perkenalan itu. Bezanya aku belum berkahwin tetapi dia sudah.

Berkat berpindah ke negeri Hang Tuah ini beliau mendapat rezeki kurniaan ilahi mendapat zuriat pertama yang dikandungkan isteri tercinta. Sedikit sebanyak aku juga terlibat dalam kancah kegembiraannya. Terserempak membeli pakaian baby, bercerita tentang penamatan zaman enjoynya tahun ini coz semua kos yang ada hanya untuk persiapan kelahiran baby sulong itu. Lebih mengembirakan ia baby boy.

Takdir tuhan penentu segalanya, petang 22 Mac 2010, 2 bulan sebelum kelahiran sepatutnya mencapai usia matang, isteri beliau telah mengalami pendarahan untuk kelahiran dan segera di bawa ke Hospital. Kira-kira jam 7 petang baby di lahirkan. Malang sekali baby telah meninggal sebaik di lahirkan. Menurut doctor baby memang lemah di dalam kandungan dan hidup bergantung pada ibu sahaja selama ini.

Aku turut merasai kesedihan itu dengan semangat yang aku nampak sebelum ini beliau membeli pakaian baby dan juga sibuk dengan persiapan. Memang sedih jika di kenang2. Apatah lagi beliau dan juga isteri? aku memang pasti akan meninggalkan kesedihan yang amat panjang. Tribute to Zaidi rakanku. Ahmad Imami dalam kenangan. Al. Fatihah.

Jumaat, 19 Mac 2010

Merombak Struktur Kewangan



Aku mengambil keputusan untuk merombak semula segala yang berkaitan dengan gajiku. Ini termasuk simpanan dan juga komitmen aku kepada perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Sedar atau tidak aku sebenarnya telah membuat tabungan hampir 50% dari gaji bersih ku? Dalam konsep tabungan ini sebenarnya adalah salah. Sungguh aku tak perasan dengan hal ini. Setelah di buat perkiraan semula ternyata jika di campur-campur ianya benar.

Aku terpkasa membuat rombakan ini memandangkan aku punyai komitmen baru terhadapa bayaran rumahku. Projek rumah dah siap 45%, projek on time. Setelah penstrukturan semua aku dapati baki bersih di tangan semakin sedikit. Mungkin sementara coz aku membayar 2 rumah ketika ini iaitu rumah sendiri dan juga rumah sewa. Di hitung kira mungkin apabila rumah sendiri siap sekitar bulan 3 2010 aku dapat menjimatkan kos rumah sewa. Takpelah hanya sementara.

Seperti tertulis di rentetan blog yang dulu, aku ada menaruh harapan untuk memiliki sebuah jentera yang baru. Alkisahlah pula aku tertarik dengan Grand Livina, survey punya survey harga memnag agak mantap bayaran bulanan. Tapi tak tahulah lagi. Honda walaupun aku ada hati tp terpaksa di lupakan sedikit demi sedikit.

Usia dah meningkat di rasakan MPV sesuai untuk masa depan.Hai bilalah impian ni jadi kenyataan. Sambil-sambil tu juga aku dah mula mensurvey hiasan dalaman rumah dan juga sudut taman di rumah. Harga sekadar survey2 gitu je, tapi kalu di kira betul2 aku rasa abis gak dalam 20k untuk semua itupun tak lengkap lagi. Haiii beserah je lah. Bila nak kawen ni????

Selasa, 16 Mac 2010

Jiwa ? Kehendak? Keputusan? Keputusan?

Bermula dari minggu lepas jiwa aku seakan tidak konsisten, aku tau kerana unit baru aku ini. Aku memang tak dapat feeling dengan unit ini. Kerenah bos juga banyak mempengaruhi kerja aku ini. Kebanyakkan apa yang dia suruh buat astly berubah kea rah perkara lain. Aku letih dengan keputusan tidak konsisten. Mualanya nak A, construct A. Pergi jumpa dia kali kedua nak B pulak??? So sia-sia construct A tadi. Ini lebih ketara apabila berurusan dengan pihak luar, sedikt sebanyak menunjukkan kita tidak konsisten dalam membuat keputusan. Ada kalanya aku berpandangan dengan penolong pegawai aku. Ada masa aku merunggut kepada nya “apa yang kita buat ni?” Tiada pencapaian. Sia-sia pergi kerja, aku tak boleh terus berkeadaan begini anatara aku akan jadi terus pasif ataupun aku akan terus kusut begini.

Happy first anniversary kepada Blog aku

Wau dalam rancak menaip dah masuk setahun aku menulis. Emm kalu diari tahunan dah kira boleh tutup buku n mula dengan buku yang baru. Banyak catatan yang aku telah ukirkan di sini, pahit maung luahan dari seorang yang punyai impian untuk masa depan. Terima kasih kepada yang setia membaca coretan aku di sini. Percayalah setiap yang negative atau positif itu ada pengertian tersendiri, ia hanya perlu penilaian yang sempurna bagi yang menghayatinya.

Melihat Mata Hati, Merasai Jiwa di Hati


Tak tahu nak kata apa, peristiwa minggu lepas begitu menyedarkan aku, berfikir jauh ke dalam benak pemikiran adakah selari dengan hati. Aku letih dengan sesuatu yang aku tak pasti, tapi dalam masa yang sama aku begitu pasti dengan reality. Ada jiwa yang harus aku ambil berat dengan sepenuh penghayatan. Aku akan berazam untuk itu. Tak tahulah macamana aku nak luahan dengan penulisan sedangkan dengan pemikiran juga aku gagal menjelaskanya. Tapi aku pasti hatiku di sana.

Rabu, 10 Mac 2010

Bulan Mac Yang “Full House”



Mengamati calendar bulan mac membayangkan kerja penuh selama 23hari tanpa ada public holiday. Wau mesti tuff ni, di saat itu juga aku menjeling baki cuti aku, emm ada 33hari lagi. Sama ada aku bekerja penuh atau aku ada akan mengambil cuti rehat di pertengahan. Secara jelas apabila menatap kalendar Mac memang memenatkan, dari itu juga membayangkan hendak bercuti di mana sesuai. Itu hanya idea sahaja, belum tentu ingin bercuti. Aku rasakan kalu aku melepasi tanpa bercuti memang hebatlah aku 23 hari tanpa henti bersama cuaca panas yang meletihkan dan menguji kesihatan.


Teringat sewaktu perkhidmatan dulu-dulu, bekerja berstatus sambilan, bila bekerja 23 hari boleh lah dapat 1 hari cuti bergaji sebagai inisiatif, tetapi biasanya tiada bulan yang cukup 23hari. Kedatangan bulan sedemikian begitu mengujakan untuk merasai inisiatif tersebut sebagai satu penghargaan. Tetapi itu kenangan dahulu sekarang tidak lagi, ada cuti yang diberikan pun terkial-kial nak abiskan, no point untuk bercuti. Kebanyakkan cuti yang lepas aku isikan dengan pergi bercuti. Bercakap soal bercuti bagi tahun ni aku sedang merancang-rancang angin lokasi hendak di tuju. Dalam kepala ada 3 : Kuala Terengganu, Pulau Redang ataupun ke Alor Setar. Lokasi-lokasi yang aku belum pernah jelajahi, semestinya percutian 3 hari 2 malam itu nanti pasti menyeronokan atau lebih tepat “ dengan rm300 aku mampu ke ……..” uh tak sabar lah.

Rabu, 3 Mac 2010

Semakin Melupakan: Semakin Ingat


Yup tajuk topic pagi bagi hot FM semalam, emm tak banyak perkara yang ingin kita lupakan tetapi semakin kuat mengikis semakin kuat pula ingatan itu. Percaya atau tidak sesuatu yang indah bagi kita memang susah atau hampir pasti kita untuk tidak melupakanya. Kerana perkara kebahagian itu adalah perkara yang seakan sebati dalam ingatan setiap manusia. Begitulah aku, ingatan terhadapnya sentiasa tersemat di dalam hati ini walaupun aku sepatutnya melupakan sahaja ia bersama telanan perjalanan masa.

Isnin, 1 Mac 2010

Mencabar Cuaca Malam



Sebulan dah cuaca panas melanda tempat aku ni, emm maybe lebih kot dan selama ini lah terjadinya panas di kesiangan, tapi tak rasa sangat coz kat upis ada aircond dan kalu di rumah pun dia sejuk je sebab rumah batu ni kontra denga cuaca diluar. Jadi yang menjadi masalahnya di kala malam, di luar sejuk di dalam rumah panas. Menanggung azab kepanasan seperti di dalam ketuhar gelombang mikro. Bukan bilik aku tiada aircond tetapi aku ni jenis tak suka ber aircond paling simple bila dah lama on dia jadi sejuk sangat (heheheh remote out tak detect utk kawal suhu) so bila bangun untuk tutup dah terganggu nak tido semula pastu panas semula. Arghhhh tension badak aku. Terpaksa berhujan peluh di dalam bilik….sampai bila ini semua?