Blogger Backgrounds

Rabu, 2 Jun 2010

Angka 2 : Hari ini antara warna kehidupan dan hari lalu masih dikenangi


Angka 2 hari ini mempunyai 2 maksud kegembiraan syukur dan kedukaan semalam. Orang kata yang gembira itu meriangkan. Ya genap hari ini 2 tahun aku berkhidmat di sini bukanlah suatu angka yang besar bagi suatu pengalaman yang berharga, di sini aku bahagia dengan cara kerja,rakan sekerja yang dapat menerima aku seadanya tanpa membezakan negeri kelahiran dan juga sifat-sifat negative lain. Aku senang denga kerjayaku kini. Aku berharap dapat menempuh angka-angka seterusnya dengan tenang di samping cabaran yang memang sentiasa ada.

Aku selesa dengan watak aku yang suka menghiburkan semua orang. Kerana aku mahu orang senang apabila bersamaku, gembira walaupun dalam kedukaan, menghilangkan stress walaupun terganggu. Aku bukanlah mahu dihormati, dipuja atau di sanjung atas sikap keceriaan aku itu. Cuma aku berharap apabila suatu masa nanti apabila seruan tuhan memanggiku dalam waktu tanpa dijangka, aku mahu mereka rindukan derai tawa aku menceriakan mereka semua. Rasa bahagia yang dimiliki orang merupakan kepuasan kepadaku walaupun jauh di sudut hati aku, aku juga manusia yang punyai sifat seperti mereka KEDUKAAN tapi aku tidak mahu kongsikan itu secara lansung untuk kesedihan mereka, cukup dengan lontaran pengalaman supaya mereka tidak jatuh terhadap kedukaan sepertiku dilain masa.
Ya hari ini mungkin juga angka 2 bagi memoriku duka silamku, sekadar memperingati bukan untuk meminta simpati, ia juga pengalaman bukan untuk mengecilkan hati sesiapa. Cuma aku pinta, fahami diriku sebab aku juga manusia yang mempunyai palitan tertentu yang sukar dilupai. Fahami jiwaku baru kamu memahami diriku. Orang selalu berkata ‘don’t judge a book by its cover’ itu reality yang perlu difahami dengan rasional bukan dengan perasaan. Puas sudah aku lalui semua itu, tolong jangan menambah kesan di palitan itu sebaliknya sokonglah aku dengan kekuatan dari dunia barumu. Ingatlah aku juga manusia yang ade sensitiviti yang perlu dijaga.

0 Komen: