Blogger Backgrounds

Rabu, 7 Julai 2010

Berapa ikhlas, ikhlas anda?

Orang kata kalu nak buat baik kita perlu ikhlas? Bagiku ikhlas itu kita membuat sesuatu tanpa mengharap balasan. Atau lebih tepat lagi kita jangan berfikir pasal pahala atau apa-apa sahaja semasa membuat kebaikan malah buat baik tu pun kita jangan tau, biarlah ia spontan tanpa di fikir otak. Sebab bila otak berfikir itu sesuatu yang baik maka sedikit sebanyak akan terlintas segala benda. Baik mula-mula ikhlas dapat pahala jadi tak dapat pahala ataupun lebih baik sikit markah ikhlas itu tak penuh. Kira dapat lah jugakan kan. Agak-agak biasa kot dapat camtu. Sebab di mulut manusia ni lain tapi di hati kebanyakkan nya out. Sebab mudah kerana duit dan pujian mengatasi segalanya.

Orang juga berkata kalu kita buat baik dalam kehidupan, tuhan akan balas kebaikkan? Itu dah biasa dengar sejak zaman sekolah lagi. Cikgu, ustaz, mak bapak dan segalanya mengajar supaya jadi baik dalam baris perkataan yang sama. Tapi adakah setelah berpuluh-puluh tahun kita di dunia ni, ayat itu di fahami maksud? Dah biasa dengar jadi kita akan anggap acuh tak acuh je mengenai maknanya. Tapi bagi aku pula, dunia sekarang generasi sekarang kita bercakap kena dalam kontek logika, mengapa dan kenapa.

Kita buat baik kepada orang lain adalah untuk menolong orang dalam kesusahan, konsep mudah , tuhan akan balas 10 kali pahala kepada kita, kita juga perlu ingat kalau hari ini kita tolong orang yang keretanya rosak di lampu isyarat tuhan tidak akan balas kalau kereta anda rosak orang akan tolak juga. Mungkin kereta anda tip top takkan rosak. Tapi balasan kebaikkan tuhan pelbagai, hari ini tolak kereta orang esok lusa tuhan balas setahun tak demam? Sedar atau tidak? Berbaloi atau tidak?

Tapi logika juga, hari ini buat jahat curi rambutan orang, balasan pun mungkin pelbagai bukan je mungkin sakit perut tapi mungkin juga hilang kaki sebelah? Amacam berbaloi atau tidak? Kalau langgar biawak apa balasan ek? Uppp sorry for that….hehhehehe just my 5cent opinion.

0 Komen: