Blogger Backgrounds

Khamis, 2 September 2010

Bonus dah dapat

Di pagi hari di saat aku malas nak keluar ke bank bagi membayar pinjaman ASB ku, menelusuri bilik rakan-rakan lain bertanyakan jika mereka mempunayai akaun maybank2u. Aku bukan takde maybank2u tu Cuma dah lama aku pun dah lupa password. Masuk salah seorang bilik pegawai perempuan dan kebetulan dia mempunyai akaun maybank2u. Kebetulan dia memang buka website maybank2u, aku bertanya dia berkata bahawa dia menunggu duit bonus masuk ke dalam akaun. Peh terkejut aku ada gak orang yang macam tu menunggu update akaun di depan mata? Aku memang dah lupa pasal duit bonus tu kalau tiada esiden di depan mata ini. Apa boleh buat ragam manusia, terpaksalah senyum sahaja.

Wah duit bonus lah aku mula terfikir untuk membeli sesuatu dengan duit itu yang boleh dipegang, dikenang dan bermenafaat selalu kepadaku. Sejarah bonusku memang tak banyak sebab semenjak menjadi kakitangan kerajaan melepasi angka 7 tahun ini, di fikir-fikir berapa kali sangat yang dapat bonusnya. Aku beli turbo timer, smart tag, aisbox ??? rasa itu sahaja kot mengikut tahun.

Kali ni bonus aku nak beli GPS pulak rasanya. Maklumlah aku ni seorang pelupa bab jalan ni. So dengan ada GPS ni dapat lah menggelakkan aku dari sesat dan terpaksa mem print google map tu bertimbun-timbun untuk ke sesuatu lokasi. Heehehe pergi Kuala Terengganu tak lah sesat nanti.

0 Komen: