Blogger Backgrounds

Rabu, 15 September 2010

Inikah nasib aku



Dalam menelusuri kehidupan kita ini, ada benda yang kita telah tahu akan takdirnya. Kadang-kadang kita bersikap acuh tidak acuh dengan kepastian dan ketentuan itu. Tetapi adakala kita bersikap terlalu memikirkan akan takdir itu. Kita akan menjadi takut ataupun gembira. Terpulang pada sejauh mana baik atau buruk sesuatu takdir itu.Kadangkala kita juga mengharapkan takdir yang kita pasti itu menjadi lebih baik dari yang sepatutnya diterima. Walau apa pun yang pasti sudah tentu tuhan yang tahu segalanya.
Syawal 1 seperti yang aku telah tahu bahawa tiada kemeriahan yang aku jangkakan. Itu jangkaan, yang pasti aku telah melalui hidup yang sukar untuk masa hadapan. Aku tak pasti adakah niat aku baik atau pun buruk. Seingat logika akal aku ianya baik.Teatpi mengapa takdirnya begini? Yea takdir yang aku terima ini memang aku telah jangkakan. Aku pasrah dan tak tahu nak cakap apa Apa kesudahan? Sampai bila? Adakah akan terlambat? Aku buntu walaupun di ukiran riak wajah aku kelihatan bersahaja, siapa tahu persoalan di hatiku ini. Ingin sahaja aku begini sampai bila-bila. Yea sampai bila-bila. Tapi aku juga takut takdir masa hadapan akan menyalahkan aku untuk takdir hari ini.
Mereka hanya mampu berkata tapi tidak mahu memahami. Aku bukan mengaharap memahami secara bodoh-bodoh begitu tapi memahami dengan akal dan idea. Terima kasih 1 syawal.

0 Komen: