Blogger Backgrounds

Selasa, 7 September 2010

Mencari kekayaan

Cuti hujung minggu ini, senyap bagiku tiada apa aktiviti yang menyibukkan membuatkan aku hanya duduk di rumah tanpa melakukakan apa2 aktiviti yang menarik. 2 hari yang akhirnya membuat badan aku abis sakit-sakit.

Merenung seketika aku mendapat sesuatu yang menarik dalam penilaian kepada orang dan juga persekitaran. Iaitu kekayaan. Semua manusia inginkan kekayaan. Tapi adakah mereka sedar bila mereka akan kaya? Hatta orang yang di rankingkan paling kaya pun tak kata dia kaya.
Kekayaan yang orang miliki sebenarnya di beri oleh orang lain akan status tersebut. Aku yakin orang kaya itu tidaklah kaya. Tapi sebaliknya kemampuan mereka yang tinggi. Kita boleh tengok diri kita sendiri, dulu kerja kilang gaji 1k sewa rumah rm350, tapi bila jadi pegawai dengan gaji 2k kita akan sewa rumah rm700. Jadi di mana nilai kaya tersebut? Gaji 2k pakai myvi tapi xkan orang gaji 20k nak pakai kete bermata besar tersebut??? Tentunya paling command MPV…jadi nilai nya serupa lagi. Key word penting besar periuk besar keraknya. Aku hanya menuntut keselesaan bukan kekayaan.
Aku juga turut mengagumi kata-kata ini "Kekayaan yang kita miliki saat kita mensyukuri hidup ini"

0 Komen: