Blogger Backgrounds

Rabu, 29 Disember 2010

aKHIrnya OPsyEN KWSp ataU PEncEn MuncuL



23 Disember 2010 detik bersejarah aku apabila sah menjadi kakitangan kerajaan yang berstatus PENCEN. Bermakna aku telah di sahkan dalam jawatan ini yang telah hampir 3 tahun aku pegang. Emm xtau rasa apa tapi yang penting rasa best. Mula mengorak langkah ke hadapan sama ada aku jadi poyo atau aku jadi hebat. Sekarang tak perlu fikir hati bos lagi sebab aku dah 'secure'. Berkata demikian bukan aku menganggap aku ni 'naik tocang' tapi berpada pada apa sahaja tugasan. Aku sering bertanya mengapa kita sahaja perlu menjaga hati orang, sedangkan orang tidak menjaga hati kita. Jadi bila kerja yang banyak sangat kerenah buat ala kadar sahaja, jika sekala 10 teratas maka skala 5 sudah memadai. Bukan apa, pengajaran dari pengalaman selama 3 tahun ini banyak memberi ruang untuk aku berfikir ke'tuanan' sebanar. Apa guna jika skala 10 di buat tetapi skala 5 di iktiraf? Haa cuba cherit...cherita....tahniah for me.

Khamis, 23 Disember 2010

Kuala Terengganu telah di tawan...

Lama juga tidak mencoret selepas balik dari percutian di Kuala Terengganu. Baru lah aku faham kenapa di namakan "Kuala" sebeb ia di muara sg terengganu pastu depan dah laut cina selatan, so secara kelangsungannya ia telah di beri gelaran sebagai bandaraya warisan pesisir air. Percutian kali ni agak memenatkan sedikit coz aku terpaksa berjalan alah backpackker sebab tak bawak jentera bersama. Di susuli dengan cuaca hujan di sana ketika ini. Nasib baik lah tak hujan sepanjang hari, kalu tak terbantut ah percutian aku ni.


Tapi aku berjaya pergi melawat temapt-tempat point pelancongan di cna dengan bantuan bas rumah aka bas bandar yang macam rumah tu. RM 1 selokasi, lama dah tak naik bas tambang camtu akhirnya ganu membawa aku nostalgia sebelum tragedi kemalangan aku kira-kira 10tahun lalu. lama sungguh tak naik bas henti-henti. Taman Tamadun islam yang indah nama dari apa yang dilihat, masuk pun dah RM15 tapi keadaan memang menyedihkan dengan persekitran lanskap yang tidak di jaga. Masjid Kristal yang semakin menyedihkan. Pasar payang tempat wajib pergi macam biasa sahaja dan sama macam pasar siti khatijah di kota bharu nun. Walau apa pun dengan rm350 = buah tangan lagi...aku berjaya bercuti di Kuala Terengganu 3 hari 2 Malam. Jumpa di Kelantan pula 28-30 Jan ini...huhuhuhu
alamak gambar belum trun dr kamera.....

Selasa, 14 Disember 2010

Macam Sibuk Tapi Terkawal

Mula-mula aku nak gitau, "bos xde seminggu" macam biasa aku mengabil kesempatan membuat segala tugasan dengan tenang, setenangnya. Semua nyer smooth. sampai aku rasa sakit kepala tiba-tiba ini. Buka blog sekejap mencurah rasa. Penat otak memanglah penat, tapi aku fikir kualiti bagi sedemikian tidak mudah diperolehi. Jadi harus dibuat, planner aku minggu ni memang dah penuh dengan coretan kecuali bercuti.

Jumaat untuk Bercuti ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam. Huhuhu peta dah hafal, kali ni pergi secara ala backpacker menaiki bas tanpa jentera aku di sisi. Semua persiapan telah dibuat termasuk tintatif perjalanan percutian di sana nanti. Hope semua ok....

Jumaat, 10 Disember 2010

Sakit-sakit tanda dah tua?


Apa istillah tua? Tua terletak pada angkanya? Tua terletak pada rupa parasnya? Tua fizikalnya? Ataupun tua itu apabila bilangan penyakitnya? Yang biasa-biasa tua pasti dikaitkan dengan angka, angka adalah umur yang setiap manusia akan bertambah setiap hari. Itulah tua bagiku. Seharusnya manusia bertambah matang apabila semakin tua tetapi perkara ini terlalu subjektif, ada juga tak sedar diri apabila diri semakin tua.

Tertarik dengan kata rakanku, ‘dah tua so banyaklah sakit-sakitnya’..emm memang betul pun sel bertambah longgar, imun semakin kurang maka itulah yang menjelma. Rabu aku terpaksa MC akibat sakit pinggang yang di alami akibat pemanduan jarak jauh aku weekend lepas. Biasa dalam sehari atau dua kalu mengalami symptom ini aku akan baik. Tetapi setelah melebihi 3 hari nampak seakan ada yang tidak kena maka kliniklah tempat dirujuk. Syukur tiada apa yang memudaratkan, mungkin ini jenis bapak segala sakit pinggang yang aku alami. So degil lah sikit nak baik.

Ku hadapi segalanya walaupun ketika naik semula kerja rakan-rakan memerli “hai belum kawen dah sakit pinggang” senyum saje lah apa bleh buat, kawan-kawan nak bergurau. Penting tu orang masih sukakan kita itu sebab orang layan kita. Kalu ada atau takde kita di pejabat orang tak pedulik, itu sudah berat kawan..orang dah tak endahkan kita dah atau lebih tepat orang maybe benci kita.

Jumaat, 3 Disember 2010

Akhirnya 10 tahun sudah penubuhan IPTA ini







Yea universiti yang aku baru bekerja hampir 3 tahun ini telah sedekad, 10 tahun 2000-2010. Penubuhan awal adalah pada 1 Disember 2000. Mula mengambil staf pada awal 2001. Lokasi berubah 3 kali tapi masih di negeri melaka. walaupun aku warga kerja baru di sini tapi aku dapat rasa gegaran sejarah itu, takdelah lama sangat, dan masih boleh di cari dan di cerita sejarah itu dari orang mula-mula berkhidmat di sini. Terlalu muda universiti ini jauh lagi perjalanan yang tiada akhirnya. Aku di sini insyaallah akan berkhidmat lagi 25 tahun. so aku akan melalui segala ranjau untuk universiti berumur 35 tahun.

1 Disember 2010 semua staf telah pergi ke kompleks sukan Universiti bagi menyambut sedekad di sini berjalan bersamanya dengan acara simbolik pemotongan kek 10 tahun. Acara sepagi itu di akhiri juga dengan majlis biasa orang Malaysia iaitu acara makan. Hahah bilangan staf pun tak ramai lagi sekitar 1900 orang je, so ok lagi lah ruang walaupun nampak berebut...itu biasa...

Khamis, 2 Disember 2010

Bila Diri Di Hargai

Siapa selalu hargai anda? Siapa ingat untuk menghargai anda? Adakah kita menghargai yang lain?

Berbicara pasal dihargai, semua manusia suka akan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Tetapi berapa banyak kah penghargaan orang beri kepada kita secara langsung? Aku percaya dalam setahun pun nak dapat 5 pun susah. Tu belum aku menapisnya kepada penghargaan yang betul-betul penghargaan atau pun betul-betul keikhlasan.

Kadang-kadang kita membuat sesuatu bukan untuk penghargaan tetapi untuk kepuasan, bila orang tidak mengucapkannya kita tak terasa sangat sebab objektif kita pada awalnya bukan untuk penghargaan. Tetapi sebaliknya penghargaan yang dicari, kita akan kerap kali akan rasa kecewa. Jadi berubahlah untuk kepuasan dalam sesuatu tindakan.

Kita juga janganlah lupa menzahirkan penghargaan kepada orang lain jika kita inginkan kesempurnaan hubungan dengan manusia yang lain. Orang suka, kita pun suka bukan?

Bila mendapat sms si dia semalam, aku rasakan amat dihargai, bait-bait ayat yang nampak ringkas tapi cukup bermakna kepadaku. Terima kasih untuk itu. Aku rasa takda lah aku membuat sesuatu yang benar-benar harus diterima penghargaan setulus itu. Tapi dah di hargai aku terima seadanya.

Ini cuma sekelumit penghargaan sama ada sedar atau tidak aku juga mungkin menerima penghargaan dari yang lain. Jangan kecewa aku tujukan semua ini untuk kalian yang menghargaiku juga. Terma Kasih Jutaan kasih kerana semua sedar akan jasaku kepada kalian

Rabu, 1 Disember 2010

Meniti Hari Yang Lambat

Semalam aku rasakan begitu lambat waktu berlalu, tambahan pula bos bercuti. Bukanlah maksudku ingin mengambil kesempatan untuk tidak membuat kerja Tetapi aku menafaatkan masa dengan sebaiknya tanpa kehadiran beliau di depan mata ini. Aku rasakan, aku bukanlah orang yang suka menunjuk rajin kerja di hadapan bos. Padaku menjadi serba tak kena kalau dia ada di office, aura nya seakan menghalang aku dari membuat kerja dengan aman dan damai. Walaupun dia tidak memanggil atau melihat aku bekerja.

Hari ini auranya tiada, segala dalam planner yang aku tulis malam tadi semua dilaksanakan dengan teratur dan sempurna tanpa rasa tertekan kehadiran auranya di sekitar rajah radius di tempat kerjaku.

Kepuasan membuat kerja hanya aku yang rasai. Segala curahan idea dapat di implentasikan di dalam apa sahaja gerak kerja yang aku laksanakan. Sungguh tenang hari ini, masa bergerak perlahan. Uh bila lah dapat lagi jumpa hari sebegini. walaupun hari lambat berlalu tapi aku suka.