Blogger Backgrounds

Selasa, 1 Jun 2010

maafkan


Hari Kualiti Organisasi 2009














Hari Qualiti organisasi aku diadakan setiap tahun bagi menghargai mereka yang cemerlang dalam melakukan tugas dalam tahun sebelumnya. Anugerah Khidmat Cemerlang diberi bagi menghargai segala usaha keras mereka komited terhadap kerja. Sejauh mana aku secara peribadi mempercayai ini semua? Adakah mereka benar-benar layak? Ikut giliran? Semua ini aku timba dari organisasi lama aku sebelum ini. Pemarkahan SKT mahukan 100% dengan alasan kerja telah dilakukan. Tiada nilainya jika mentality ini bersarang di dalam kepala mereka semua. Aku hanya mampu mengatakan ‘kecian’ sambil mengeleng-gelengkan kepala. Lupakan kebodohan lampau, berbalik dunia aku sekarang, walau apa pun markah yang diberi di sini mereka akur, jalur markah organisasi aku adalah sekitar 80-85 bagi orang hebat. Bawah 79 adalah normal dan kategori biasa. Bagi mereka yang hebat semestinya bos mahukan justifikasi kehebatan mereka secara bertulis, sah di sini lebih telus. Anda hebat? Berbukti? Anda layak. Bagi perpustakaan seramai seramai 5 orang telah di anugerakan APC bagi tahun ini. Keseluruhan university adalah seramai 130 orang. Tahniah pada semua.