Blogger Backgrounds

Khamis, 8 Julai 2010

Skaf Merah Jambu Masuk RTM 1

Sebagai blogger yang kerap menulis, aku juga mempunyai beberapa rakan blogger di alam maya yang aku rasa pengalaman mereka juga suatu pengalaman berguna kepadaku. Tak ramai blog yang aku ikuti, boleh dikira dengan jari. Pada sabtu lepas, aku berkesempatan atau bahasa lebih tepat tertengok TV1 kira-kira jam 11.00pagi. Buka sahaja terus bercerita pasal hal bapa, so aku terus melihatnya sebab karangan ayat yang menarik. Tup tup nama salina ehh aku macam tau sekali paparan blog terbuka, wah kagumnya aku blog yang aku ikuti mampu menjengah tv1. Kembang idung den seketika. Congrat tu SMJ dengan skaf merah jambu.