Blogger Backgrounds

Isnin, 12 Julai 2010

Selamat hari lahir

10 Julai kembali lagi, well ini tarikh aku dilahirkan kira-kira jam 11.00 pagi di salah sebuah hospital terbesar di johor Bahru kira-kira 31 tahun yang lalu. Ketika itu keluargaku masih lagi menetap di Singapura, jadi bapaku terpaksa berulang alik di Tambak Johor bagi melihat ibuku di hospital berkenaan.

Aku dilahirkan secara pembedahan, tak pasti pula kenapa mesti dibedah bukan melalui kelahiran normal. Memandangkan ibuku terpaksa melalui pembedahan dan selepas kelahiran aku, ibu terpaksa di tahan di wad sementara aku dibenarkan keluar tanpa ibu.

Aku di jaga oleh Ibu saudara ku yang kebetulan memang menetap dijohor bahru. Ada cerita untuk ini, ada lagi seorang saudaraku yang juga kebetulan bekerja di Hospital yang sama ingin menjagaku juga. Tetapi ibu saudaraku telah merebutnya terlebih dahulu. Hehehehe kekadang dengar cerita si ibu gelak juga aku ni.

Terfikir gak aku nasib baik tak serah terus kalau tak duduk dengan keluarga angkat lah aku, dan yang pasti juga perjalanan dan corak hidup aku mesti lain dari sekarang.

Bagaimana pula dengan nama? Yup nama aku juga di pilih sebelum kelahiran aku lagi, anak ibu saudara aku tadi telah memberikan nama aku yang ada kini. Tapi serius nama aku banyak R dan memungkinkan juga orang yang tak boleh sebut R akan fail menyebutnya.

Dah panjang perjalanan hidup aku ni, perjalanan hidup yang panjang juga pastinya di kaitkan dengan pelbagai suka duka kehidupan. Sampai bila ia nombor umur ini akan terus bergerak? Anda tau? Aku sendiri pun tidak tahu..