Blogger Backgrounds

Khamis, 23 Disember 2010

Kuala Terengganu telah di tawan...

Lama juga tidak mencoret selepas balik dari percutian di Kuala Terengganu. Baru lah aku faham kenapa di namakan "Kuala" sebeb ia di muara sg terengganu pastu depan dah laut cina selatan, so secara kelangsungannya ia telah di beri gelaran sebagai bandaraya warisan pesisir air. Percutian kali ni agak memenatkan sedikit coz aku terpaksa berjalan alah backpackker sebab tak bawak jentera bersama. Di susuli dengan cuaca hujan di sana ketika ini. Nasib baik lah tak hujan sepanjang hari, kalu tak terbantut ah percutian aku ni.


Tapi aku berjaya pergi melawat temapt-tempat point pelancongan di cna dengan bantuan bas rumah aka bas bandar yang macam rumah tu. RM 1 selokasi, lama dah tak naik bas tambang camtu akhirnya ganu membawa aku nostalgia sebelum tragedi kemalangan aku kira-kira 10tahun lalu. lama sungguh tak naik bas henti-henti. Taman Tamadun islam yang indah nama dari apa yang dilihat, masuk pun dah RM15 tapi keadaan memang menyedihkan dengan persekitran lanskap yang tidak di jaga. Masjid Kristal yang semakin menyedihkan. Pasar payang tempat wajib pergi macam biasa sahaja dan sama macam pasar siti khatijah di kota bharu nun. Walau apa pun dengan rm350 = buah tangan lagi...aku berjaya bercuti di Kuala Terengganu 3 hari 2 Malam. Jumpa di Kelantan pula 28-30 Jan ini...huhuhuhu
alamak gambar belum trun dr kamera.....