Blogger Backgrounds

Jumaat, 25 Mac 2011

Getaran 2 Minggu

Banyak perkara yang berlaku dalam 2 minggu ni,

pertama : Audit Sirim
audit sirim ni buka yang Universiti punya tetapi organisasi aku sendiri yang nak kan pangkat tersebut MS ISO 9001:2008. Walaupun aku bukan unit yang terlibat dalam dokumen kerja yang di ISO kan, namun biasan sama-sama terasa apabila SIRIM membuat audit secara menyeluruh. Peh berpeluh dah lah baru tukar unit dahtu dengan unit yang aku pernah pegang suatu masa dulu pun tiba-tiba kena handle jugak..parah2 mujurlah semua staf yang terlibat peka akan kerja mereka so senang sikit aku ni.

Kedua : Tukar Unit
Huhuhu akhirnya aku keluar dari unit Pentadbiran dan Latihan yang aku rasa lebih sesuai untuk skim 'N'. yes aku kembali kepada hakiki skim 'S' aku. Unit terbaru unit automasi, pehh memang rare aku kena handle semua bahasa-bahasa komputer ni...&$^#%$@%%^

Ketiga : Rumah Baru
Bulan 3 memang memeningkan aku, interor dah masuk dengan segala kerja-kerja dilakukan bulan ini. masih menunggu grill dan juga ceiling selepas ini. sebab kerja-kerja ini terpaksa tertangguh disebabkan kena siap fasa interor terlebih dahulu. last fasa wiring dan last sekali pindah randah.adeh...

Jumaat, 11 Mac 2011

Masih Kah Di Ingati?











Yea setelah ditinggalkan hampir 2 tahun, kampus asal ini dubuka semula dengan penempatan 2 fakulti bermula Feb 2011. Aku masih ingat segalanya ketika mula datang temuduga di sini dan juga datang untuk mencari rumah sewa di sini dulu. sempat juga bekerja di sini dalam setahun sebelum berpindah ke kampus induk (utama) sekarang. Well sapa sangka segalanya kembali lagi. Welkam New Campus, err new ke?

Khamis, 10 Mac 2011

We are Malaysian..Yes we are!



Orang Malaysia memang suka last minute action, hari ini last untuk bayar saman selepas di tangguhkan kali ke-2 oleh pihak-pihak menyaman di Malaysia ni. Malas nak senaraikan sebab banyak nor organisasi yang boleh keluarkan saman. Nak mendidik? Hehehe ketawa bulu hidung aku melihat perihal ayat ini setiap kali reason kenapa keluarkan saman, barangkali anjing dan kucing serta ayam peliharaan jiran sebelah rumah aku juga turut ketawa dengan cara mereka.

Lupakan itu berbalik kepada rakyat Malaysia termasuk aku juga tapi untuk rekod saman aku dah dibayar selang 3 hari selepas aku di saman tanpa ada diskaun tau, lumrah mungkin isu saman ni siapa bayar lambat akan ada menjelmanya diskaun, jadi bagi sesiapa yang prihatin macam aku yang sentiasa atau mungkin malas melayan kerenah undang-undang, bayar awal “No Diskaun” terpampang pada muka kaca kaunter bayaran saman tak sempat mintak belas kasihan lagi. Nak salahkan sapa? We are Malaysian.

Jadi pada disember lalu keluarlah fatwa mengatakan saman dapat diskaun aka sapa bayar lambat2 dapat diskaun. So sapa yang tak bayar juga akan berhadapan dengan di simbah cat hitam pada kenderaan dan juga lesen. Nampak cam along plak tapi beza cat merah dan hitam je. Punca nyer sama tak bayar hutang.

Maka setelah tarikh tiba semua tak layan, tapi bila last day semua muncul di kaunter hehehhe we a Malaysian. Pastu sambung lagi lanjutan tarikh, maka esoknya terang kembali kaunter. So hari ini last day kedua, tengoklah semuanya jadi huru-huru…Sekali lagi we are Malaysian. Perkara ini boleh dilihat dari segala aspek LHDN,Cukai pintu, dan apa sahaja yang last day dan jika tak bayar berhadapan dengan tindakan drastik. So tak boleh kata apa, kita sedar tapi itulah kita.

Khamis, 3 Mac 2011

Masih ingatkah Hutang?



PTPTN of course lah, utang pertama dalam diri aku aka menggunakan nama aku sendiri. Untuk rekod sebelum ini aku pernah berhutang untuk membeli motor semasa tingkatan 6. Tapi aku boneka je coz yang bayar bapak aku, begitu juga kereta bapak aku jugak bayar..hai apalah aku ni asyik bapak je. Tapi itu dulu di saat hendak memulakan hidup. Ditambah status aku ni memang senang ler nak itu dan ini. Bukan bangga tapi itu hakikat yang aku tempuhi.

Back to PTPTN, baru-baru ni..erk baru ke? Tawaran system ujrah telah diperkenalkan, aku pun xpasti ?? rasanya lama dah kerajaan suruh turunkan dari 3% ke 1% tu, Cuma apa yang aku faham pengurusan PTPTN ni ada something skit, jadi sejak dihighlight oleh tv3 akhir tahun lepas baru ler mereka tersedar, syukur tersedar sebelum xsedar2 selamanya.

Pening kepala aku duk kira, tapi akhirnya dengan menggunakan segala usaha dan kudrat dalam mengira, aku mendapat petunjuk positif, aku untung skit dalam 2k dari system lama. So aku akan menerima tawaran ujrah dari mereka. Cuma tak pasti mengenai ujrah tu secara tahunan atau bulanan dan apa kaitan dengan kos pentadbiran bulanan mereka tu? Dari pembacaan ujrah adalah 1% setahun, kos pentadbiran tu kalu sebelum ni by bulan 3% dari baki dihujung bulan. Gila kan 3% bulanan dulu2..mampuih..

Yang pasti kena sign agreement baru dengan no perjanjian baru bila bersetuju dengan ujrah. Apa yang dilihat system ujrah ini juga tak ubah macam memancing peminjam yang ingkar untuk muncul dan menyerah diri kerana bayaran wajib melalui potongan gaji..cari maklumat lah tu kan akibat kegagalan system mereka.Bleh plak diterima akal ni nape xlink dengan KWSP ke kan senang. Tapi aku yang potong gaji ni pun dia xde rekod..cisss….

Tgk camne esok aku cuba mendapatkan kepastian dari talian telefon hotline mereka yang sentiasa hot. Agak2 telefon esok dengan mendail setiap minit, maybe dalam bulan ke3 baru ada yang mengangat telefon tersebut.

Untuk pengetahuan aku telah membuat potongan gaji bagi utang PTPTN ni sejak 2006 lagi Cuma bayaran berdasarkan bayaran minima seperti perjajian terdahulu. Untuk rekod juga 3x aku hantar surat untuk potong melalui gaji lebih dari perjanjaian asal, haram tak di layan, kalu aku nak glamour bleh je tulis surat kat paper xpun nak glamour lagi terus ke TV3.