Blogger Backgrounds

Rabu, 18 Mei 2011

Kompilasi karya blog di anjung tepi rumah



Hahaha tajuk nyer yang entah apa2, tapi aku suka tajuk ni, untuk pengetahuan anda, aku sedang melakar blog ini diluar rumah dengan ketenangan ciap burung2 di ladang sawit berhampiran rumahku. Angin sepoi-sepoi menjamah kulit, erk walaupun sekarang ni cuaca panas tapi bila dah petang2 begini semuanya redup. Pehh rasa tenang lah macam duk otel semasa pergi bercuti pulak. Lanskap tepi umah belum mula projek lagi ni, kira punya kira rumput je dekat 3k..adeh hold dulu ler.

Bila last anda tengok awan? Eksen plak aku ni mentang2 lah baru pas tengok awan tadi, hehhhe ada macam2 bentuk plak. Tak hairan lah dengan bentuk2 yang sukar di duga itu membuat kan otak kita berimaginasi dengan aman. Yelah baru tau dengan pandang awan ni bleh wat kita tenang sambil mencabar minda berangan apakah bentuk tersebut. Jadi selalu2 ler memandang awan di atas nun. Tak siapa leh sangkal imaginasi kita, kalu duk sorang2 ni senyum sorang2 lah jawab nyer. Mencabar minda dalam suasana yang santai.

“Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu”
“Kisah yang lalu tak akan berulang lagi………………..

Haaa tiba-tiba bait lagu ni plak aku teringat, imaginasi awan mula terbang jauh nun ke belakang sana, ke mana? Latar masa mungkin 3 tahun lalu, latar tempat mungkin di Negeri Tok Gajah. Ini dah bukan bab imaginasi lagi, ni bab-bab mengingati kisah semalam. Ok juga di ingati . Cuma kalau sekarang ni lebih kepada banyak persoalan, dulu di ketahui kini ingin mengetahui, batas dan halangan kehidupan manusia menyebabkan aku sebagai manusia kena faham dan memahami segalanya. Jauh sudah 3 tahun lalu kalu dihitung secara lebih banyak merupakan hampir 1000 hari, uh banyak nyer, jauh dah berjalan dari saat itu, tetapi sesekali memandang ke belakang ianya seakan jelas lagi dipandangan, masih dekat, masih boleh dipegang, namun reality angka tetap reality.

Apa ada dalam kepala aku sekarang? Apa aku ingin capai sebelum akhir tahun ni? 2011.Kalu di list dari dalam kepala ni kasik print keluar maka yang akan keluar tret tett tett crettt >>>>……
KWSP, Jentera baru, wiring xsiap2 lagi, perabot rumah, pagar rumah, alor setar, Langkawi….<<<<<<< tu semua duk fikir ni, maybe ada 2,3 lagi list yang hidden fail kot. Walau apa pun belum ada perician lanjut petang ni, sebab aku nak duk santai tanpa memikirkan yang berat dan tiada jawapan yang ada petang ni. Tu semua perlu planning kalu duk fikir serabut je adanya. Bila plan kena catit dalam kertas sebagai startegi baru tak fenin duk dalam otak ni je.

Begitulah seadanya petang ini, smapi ketemu di anganan akan datang, ingat melayan impian bersamaku, kisah kini untuk masa hadapan. Bye.

0 Komen: