Blogger Backgrounds

Khamis, 7 Julai 2011

Aduhai Berita dikau menjadi Dokumentari?


Sejak akhir-akhir ini atau mungin sejak akhir-akhir lalu lama dahulu, menonton berita TV3 yang aku gemari telah menjadi seakan-akan telah menjadi menonton sebuah rancangan majalah seperti majalah 3. Apabila berita telah menjadi sebuah dokumentari yang memperceritakan mengenai sesebuah isu dengan mengambil masa yang lama, jadi di manakah berita yang sepatutnya diberitakan kepada penonton? Adak ala apabila aku pulang ke kampung, bapaku lebih rela membuka siaran TV9 untuk menonton berita, cuba anda perhatikan apa bezanya berita di TV3 dan juga TV9? Memang lain, di sebabkan aku tak biasa menonton TV9 maka acuan itu aku anggap janggal, tetapi dalam masa yang sama inilah dia berita siaran berita yang sebenar yang aku mahukan.



Aku bukan mahukan cerita video seks yang di dokumentarikan, aku juga bukan mahukan demonstrasi jalanan yang di sensasikan, cukup sekadar tahu tetapi bukan dengan perincian sejarah dan pendapat yang aku rs memang tidak memfaktakan secara betul atau totally tepat dari segi pro dan contra nya. Apa lagi selepas ini yang ingin di dokumetarikan? Walaupun sedar aku terpaksa melihat di sebabkan keterbiasaan dengan TV3.

0 Komen: