Blogger Backgrounds

Isnin, 18 Julai 2011

Bercuti ke Tg. Piai dan D.anga B.ay





Cuti santai yang aku anggap skala kecil tanpa memikirkan tintatif yang terlampau berat, lama dah tengok Teluk Danga ni tapi waktu siang je. Kali ni mengambil keputusan setelah pemilihan tarikh sebulan lebih awal untuk menginap di situ semalam, kira percutian 2 hari 1 malam lah ni. Macam biasa hotel panel dengan harga bajet tapi hotel berfasiliti tahap 5 bintang Tune Hotel menjadi pilihan di sebabkan juga dekat dengan pantai teluk Danga tersebut.

Bertolak pergi jumaat seawal pagi ke lokasi pertama iaitu Gunung Pulai untuk mandi manda di situ, perjalanan sejauh 2++km agak menghampakan apabila tiba di lokasi kawasan rekreasi itu di tutup sebab air mungkin tercemar alah nak bahasa mudah maybe ada virus kencing tikus. Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua iaitu tanah penghujung benua asia iaitu tanjung piai pontian johor kira-kira 56.6km dari Gunung Pulai. Setiba di tempat tersebut cuaca agak tidak menentu dengan hujan kadang-kadang lebat. Gagahkan juga untuk pergi bagi mengambil gambar sebagai bukti aku dah tiba di penghujung benua asia..Yes dapat sijil lagi.

Terus ke Johor Bahru untuk check in hotel jam 2 petang. Rehat pastu ke the zon jb merupakan kompleks membeli belah di johor bahru yang bebas cukai. Kira harga barang xmasuk dengan rege cukai ah. Beli coklat je kat cni tak kan nak beli minuman keras pulak.

Pastu dah petang, gi makan malam kat restoran singgah selalu, restoran ni senang je kalu nak tau sebab dulu cerita dunia anita berlakon kat cni, xdelah mahal mana rege nyer tahap biasa2 je.
Selesai makan seisi membakar lemak berjalan-jalan menikmati panorama teluk danga di waktu malam sambil layan lampu-lampu dengan skit photoshot muka aku yang tak berapa nak terang ni, alamk terganggu denga hujan lagi, terus balik hotel sambil layan pemandangan malam dari tingkap hotel. Terus tertido pulak. Uhhh

Esoknya check out jam 10 terus cari tempat breakfast dan layan plaza angsana,, sambil cari kedai sulam special edition maybe utk majlis penting hehehe tapi bila? Apakah yang penting tu? Jeng jeng…Selesai layan ke Batu Pahat untuk membedal nasi beriani special pokok sena. Kambing beb sampai mengembekkk di buat nyer.. Balik terus ikut jalan dalam tanpa menggunakan highway sebab nak singgah dataran tanjung emas Muar untk tengok kete-kete hebat di situ.

Selesai terus balik dalam ketakutan ke Melaka sebab ikut jalan dalam yang begitu membahayakan bagi jentera rare aku ini….

0 Komen: