Blogger Backgrounds

Selasa, 26 Julai 2011

Kalau Aku Umur 24 Tahun sekarang?




Semalam dapat tau seorang staf di organisasiku dah deal untuk mengambil sebuah jentera perang yang memang menjadi kegilaan anak-anak muda berkaitan “Boy and Dream Machines”. Jentera ni pernah aku impikan juga walaupun aku ni dh lanjut umur dari staf berkenaan. Sebab aku xjadik amik senang je, word dari bapak aku “uh apalah kete lama tapi rege mahal” full stop. Biasanya bapak aku kalu bercakap memang tak banayak tapi mampu wat aku patuhi apa yang diperkatakan. Jauh di sudut hati ini aku memang suka jentera itu. Tapi kata-kata bapak aku itu wat aku berfikir banyak perkara. Yup banyak sehinggakan setiap kali Nampak jentera ini aku akan ter rewind kata-katanya. Pehh dasyat giler…

Kalau aku berumur di angka 24 kini, antara jentera yang aku pertimbangkan untuk di ambil dengan kemampuan yang ada sekarang tanpa mengira perkataan bapak aku tadi coz dia keluarkan ayat tu masa aku bukan umur 24 hehehe: (mengikut ranking teratas kekuatan nafsu)



Honda EK




Jentera ni memang smart dikeluarkan sekitar tahun 1996-2000 recond from japan rasanya. Jentera ni dengan nadi asal tidaklah sekuat mana, tetapi mungkin menjadi tidak jinak sekiranya dimasukkan dengan kombinasi enjin siri B, itu sudah semestinya bagi seorang yang gila kuasa terhadap sebuah kenderaan yang memang smart. Harga market sekarang sekitar 30k hingga 50k atau lebih mengikut toyol apa yang ada di bawah bonet beliau. Kuasa atas surat beranak beliau adalah 1.6cc sahaja.




Mitsubishi Evo




Secara jujur jentera ini memang salah satu my dream car, maybe dia satu je kot my dream car. Aku tertarik dengan siri 4, 5, 6 dan 6.5 last version bagi chasis ini. Generasi ini mempunyai body yang macho ala kejantanan berbanding siri selepasa 6.5 yang agak tidak nampak ke maskulin-nya. Jentera rare yang dipunyai sekelompok peminat, nak jumpa kat jalanraya mesia ni memang agak sukar, bukan tiada, tapi jenis kenderaan hujung minggu yang dibawa berembat di highway atau jalan2 yang dianggap lurus tanpa jerawat. Harga market sekarang untuk siri yang dikeluarkan juga di mesia secara recond ini sekitar tahun 1998-2002 adalah 70k ke atas juga berkait rapat dengan berapa hebat toyol di bawah bonet. Kuasa di atas surat beranak beliau adalah 2.0cc..


Toyota Vios



Kereta ini dikeluarkan sekitar 2008 hingga kini bagi version body bulat, kalu version pertama petak skit. Harga market memang tengah tinggi coz kete masih baru dan permintaan memang gila-gila sekitar 60k ke atas bagi sekenhen. Nampak kete ni memang mcm biasa dan kurang hensem bila berada di spec stendet. Tiada pilihan enjin kuat lain yang biasa di sumbatkan dalam bonet beliau. Yelah sebab masih baru lagikan. Ia boleh di samakan dengan kenderaan yang banyak dijalanraya dengan CC stendet 1.5cc sahaja.



Honda Civic




Wau, nak sebut je pun dah goyah, welcome to japan with Hondas, jentera yang mempunayai pilihan kuasa 1.8cc dan 2.0cc. Dua varian yang member ipilihan kepada empunya stering. Dari segi rupa yang out bagi aku Cuma cermin sisi nyer saje, tapi selepas dibikin dan solek tentu ia menjadi macam neelofa. Pehh mantap beb. Rege pasaran sekitar 80k dank e atas. Kereta baru dikeluarkan sekitar tahun 2006 atau 2005 hingga kini. Aku suka sebab kete ni laju bila dibwa dengan laju hehehehe, Nampak racing dan juga bila pkai semacam ada suatu stigma dari masyarakat gila kereta (bukan orang yg xtau pasal kereta) you’re best bro…Balik kampung mertua pun mesti gempak..cam berkaya je kat Bandar nun, tapi xtau bela mende ni lebih susah dr bela anak dia.


Itulah antara kereta idaman jika aku sekarang umur 24tahun. Tetapi apakan daya bila umur dah jauh sikit dari no berkenaan banyak komitmen yang perlu difikirkan, bukan komitmen sekarang sahaja, sudah pasti komitmen sepanjang bayaran balik jentera berkenaan perlu diambil kira. Haiii..mungkin kah bila dh pencen nanti baru nak pkai evo? Tp rambut mau kasik touchup dulu bukan…..dunia dunia….

0 Komen: