Blogger Backgrounds

Selasa, 25 Januari 2011

Pulang Dari Kursus






















Emm macam kursus yang lain-lain berkaitan motivasi, kesan nya memang dah dapat di duga dari awal. Aku manusia “susah berubah”. Ternyata hakikat itu benar. Kursus kali ini lebih kepada team building. Apa yang best semua staf dalam jabatan aku dapat mengikuti program ini kecuali beberapa orang yang mempunyai beberapa sebab peribadi mereka. Bukan senang nak kumpul semua staf sekali berkursus, kepas ni 10 tahun lagi pun belum tentu. Ukhwah mungkin terjalin di antara kami.

Perjalanan program selama 3 hari 2 malam dengan tidak mengambil kira pangkat, semua sama, penginapan pun bercampur dari segi gred tanpa mengikut kelayakan. Aku memang xde masalah dengan semua orang, jadi dengan siapa pun aku duduk aku tak kisah. Happy saje.
Malang menimpa pada hari isnin selepas kursus aku di serang demam yang kedua dalam bulan ini, demam biasa bukan yang kuat. Aku jadi takut mengenangkan kesihatan aku semakin tidak konsisten kebelakangan ini. Kalu dulu jarang benar aku demam kecuali selesema. Entahlah aku pun tak mengerti.