Blogger Backgrounds

Rabu, 28 Mac 2012

Selamat Tinggal Yan

Mula mengenali insan ini sejak pertengahan Jun 2008, hampir sama akan kemasukkan aku ke organisasi baru ku ini. Bath pegawai third generation. Dengan jawatan dan posisi yang sama. Namun yang membezakan kami adalah status jawatan iaitu tetap dan kontrak. Namun jugak setelah hampir 4 tahun di sini, aku telah Berjaya mendapatkan pengesahan jawatan, dia? Status kontrak masih menyelubungi walaupun jawatan yang sama telah di masukki oleh orang baru (kemasukkan 2011 terus dapat status tetap). What the frog????????? Jelas terasa baginya hingga membawa kepada pencarian kerja lain dan akhirnya mendapat di Lembah Klang. Maka segalanya telah berakhir pada 23 Mac 2012 yang lalu.

Mengikut rekod dia tiada masalah dengan kerjanya di sini, segalanya berjalan lancar. Berdasarkan penglihatan dan pengamatan aku, relation dia dengan bos agak longgar, yang aku sendiri tidak pernah tahu mengapa dan kenapa. Menurut sumber yang aku boleh percayai ada di kalangan staf yang mempunyai hasad yang kurang baik menyatakan sesuatu kepada pihak bos. Senang cerita kategori ‘tali barut’.

Biarkan cerita itu. Aku simpati dengan nyer. 26hb kami pegawai dari third batch generation seramai 6 orang telah mengadakan majlis perpisahan kecil-kecilan sebagai penghargaan kepada rakan seperjuangan ini. Pelbagai luahan di ceritakan, namun biarkan ia menjadi rahsia antara kami.

All the best…to sukses….goodbye!

0 Komen: