Blogger Backgrounds

Rabu, 5 September 2012

Cerita Telefon TanganKu



Dalam sejarah pemakaian handset aka handphone, aku hanya pernah menggunakan 5 unit dalam 4 generasi penggunaan. Bermula dengan Ericson 1999-2002, Nokia 3310 (second) 2002-2006, Nokia 1110 dan Nokia 1600 2007-2012.

Semua pertukaran berlaku akibat kegagalan fungsi bateri yang gagal diselesaikan walaupun penggantian bateri baru dibuat. Jadi semuanya berlaku akibat TERPAKSA. Aku bukan seorang yang update dengan gadget seperti kebanyakkan orang. Dan akhirnya akibat kegagalan sekali lagi bateri menyebabkan aku menukar kepada Model terbaru iaitu Sony Xperia Neo-L. rasa macam mengimbau kenangan saat mula memiliki handset iaitu dengan Lagenda Ericson, dan sekarang dengan Sony walaupun pertukaran penjenamaan mereka baru sahaja berlaku.

Agak janggal berhadapan penggunaan dengan telefon pintar, terasa jauh sungguh aku telah tinggalkan teknologi hset ini. Walau apa pun aku terpaksa masuk dalam arus ini hendak atau tidak, Cuma aku harap, aku tidak menjadi penggila gadget pulak lepas ni. Cukuplah, rasanya ni boleh bertahan 4 @ 5 tahun lagi kot. Pasni nak cari kamera plak, coz kamera lama aku dah mula uzur keupayaan nya.



0 Komen: